Saturday 27 September 2014

Perjalanan Bermula..... new story begin


Salam... Syawal berlalu dengan begitu cepat terasa, tup-tup kita sudah di bulan zulhijjah.  Ini bermakna hari-hari umur kita bertambah.  Moga hari yang mendatang lebih baik dan diberkati...Aminn
_______________________________________________
11 Oktober 2013

Jam menunjukkan pukul 5 pagi bila aku dikejutkan nurse untuk bangun, diberi ubat dan bersiap dengan baju yang diberi semalam.  Seawal itu juga aku mandi dan memperkemaskan diri, memakai jubah untuk memasuki Operation Theater (OT).  Nurse beritahu aku patient yang pertama akan dibedah hari ini sebab patient yang sepatutnya tidak datang.

Dalam pukul 6 am aku call suamiku, memberitahu yang aku akan masuk ke bilik pembedahan sebentar lagi, minta dia doakan aku, khabarkan pada saudara-saudara yang lain, tak lupa rakan-rakan di whatsap group turut aku khabarkan...minta doakan aku agar semuanya berjalan dengan lancar.

Jam 6.30am, pintu bilikku diketuk, muncul nurse bertanyakan aku samada sudah bersedia atau belum,  ya, aku sudah bersedia, memakai jubah yang diberi serta bertopi khas.  Lalu aku diajak keluar kerana seorang nurse sudah menunggu ku diluar bilik bersama dengan stretcher.  Terkial-kial sebenarnya aku nak memanjat katil tersebut, mana taknya... jubah dah separas lutut, belakang cuma berikat tali, aku yang biasa bertudung litup terpaksa memakai hanya topi 'mandi' dan nurse yang nak tolak katil pulak lelaki.  Perasan dengan ketidak selesaan aku, lalu nurse yang dari awal mengawasi aku menyuruh si lelaki tersebut menoleh ke arah lain supaya senang aku memanjat katil tersebut.  Memang pantas aku naik ke atas katil lalu pantas juga nurse tadi menarik selimut menutup tubuhku, aku kemudianya di tolak ke bilik bedah.

Sepanjang perjalanan ke bilik bedah aku hanya memandang ke syiling, agak jauh juga jarak bilik wad ke bilik OT, nak pandang ke tepi sepanjang jalan ada je insan lain yang masing-masing dengan hal masing-masing. Sejuk mula terasa, sejuk pendingin hawa memanglah sentiasa terasa tapi ini seram sejuk lain, sejuk takut seram sejuk jadinya.  Bibirku tak putus beristighfar, debaran pun mula terasa rupanya perasaannya tak sama dengan debaran bersalin.

Masuk sahaja di bilik OT aku perhati suasana amak sibuk walaupun masih awal pagi.  Ada lebih kurang 5 pintu bilik bedah (entahlah betul ke aku kira) dan masing-masing dengan tugasan masing-masing.  Aku teringat cerita ER kat tv, sebab cerita melayu Misi Ku Kuza tak nampak suasana macam ni hehe.

Tak lama menunggu datang seorang pembantu doktor memeriksa namaku, yelah takut salah orang nanti, kemudian datang pakar bius memperkenalkan diri.  Aku perasan aku sempat jumpa dia minggu lepas.  Saat aku akan dibiuskan, aku masih boleh bertenang, suhu bilik yang amat sejuk memang mencengkam hingga ke tulang sum-sum, menggeletar seluruh tubuhku, tetapi aku tak tahu bila aku tak sedar diri sehinggalah aku terdengar namaku dipanggil.

      "Hanani....Hanani.... awak dah selesai ye...," sayup-sayup kedengaran suara memanggil namaku.
      "ooo.. dah ke..," aku cuba jawab walaupun aku tak pasti suaraku keluar ke tak, didengari atau tak. Aku cuba buka mataku hanya nampak samar-samar sahaja nurse disebelah yang sedang memerhati ku.  Lemahnya aku hanya Tuhan sahaja yang tahu, aku tak mampu mengerakkan walau hanya mengangkat sebelah tangan.

Aku sedar bunyi suara-suara, cakap-cakap disekelilingku, namun aku tak mampu buka mataku luas-luas.  Aku sedar apabila nurse cuba menyalin baju ku dan aku sedar mereka memindahkanku dari katil bilik OT ke stretcher untuk membawaku ke bilik. Aku sedar semua tu tapi aku tak mampu buat apa-apa.

Sampai sahaja di wad, aku dapat melihat samar-samar suami dan kakak iparku sudah menunggu.  Sekali lagi aku diangkat dari stretcher ke katil.  Selesai nurse memberi sikit penerangan dan memastikan aku dalam keadaan selesa, mereka meminta diri.  Aku tanya suami ku pukul berapa sebab aku nak tahu berapa lama aku di dalam bilik OT dan suamiku memberitahu pukul 12.30tghari.  Aku minta untuk tidur sebab aku tak mampu membuka mata.  Aku dengar suami dan kakak ipar ku berbual perlahan tetapi aku tak boleh menyampuk, aku dengar diaorang makan buah tetapi aku tak boleh nak 'join' sama... memang penangan ubat bius buat aku sangat-sangat lemah.

Tak lama kemudian aku dah boleh buka mata walaupun kepala masih memberat.  Aku boleh senyum dan aku suka lihat jambangan bunga kakak ipar ku bawa dengan bakul buah sekali.  Aku suka dapat bunga sebab aku selalu buat bunga dekat customer, dan menerima bunga adalah sangat pelik sebab aku mengadap bunga boleh setiap hari.

Perut ku minta diisi, tapi aku tak berselera nak makan, payau rasa mulut, lalu suamiku suapkan buah pear yang dibawa kakak iparku.  Sempat aku makan beberapa potong sebelum aku muntah ke semuanya, begitu juga air, apa yang masuk semua pasti ku muntahkan semula hinggalah ke maghrib, aku tak mampu untuk menelan makanan.  Badan masih terasa lemah, famili dan rakan-rakan ku bertalu menghubungi suamiku bertanya khabarku.  Risau mereka keadaan aku, lalu suami ku sempat mengambil gambarku lalu dihantar pada kawan ku untuk dikongsi dengan group whatssapku.

Petangnya aku dikunjungi anak sulongku ditemani staffku.  Disebabkan suami tidak dapat mengambil, mujurlah staffku boleh tolong ambil di asrama sebab cuti sempena raya korban.  Lepas Maghrib baru aku boleh bangun dan mula makan.  Itupun suami belikan nasi bubur yang dijual di Hospimart.  Namun tak berani aku nak habiskan semua takut terkeluar semula semuanya.

Malam baru ku rasa badan ku stabil, tiada pening-pening lagi.  Suamiku tidur di wad menemani aku.  Perutpun minta di isi dan bekalan supper dari hospital cukup untuk hilangkan rasa lapar.  Pergerakan pun terhad kerana sebelah kiri pembedahan ada saluran vakum yang menyedut darah atau air saki baki dari bahagian surgery.  Fungsinya supaya ia kering di bahagian dalam.  Keadaan amat tidak selesa tetapi aku buang jauh-jauh perasaan ini sebab aku perlu hadapi semuanya.  Nak ke bilik air, ke sinki, agak terganggu kerana perlu membawa 'pouch darah' tersebut, nasib baik baju ada poket so letak je dalam poket.

Pukul 12.00mlm doktor bertugas datang memeriksa, memastikan aku dalam condition yang baik.  Nurse juga datang mengeluarkan isi kandungan vakum pouch tersebut, dah sukatan diambil, tujuan untuk melihat perubahan, kiranya makin berkurangan isini kandungan bermakna bahagian dalam yang dibedah juga semakin baik.

Alhamdulillah, selesai perjalanan satu hari di hari pertama pembedahan, dah hari ke dua di hospital, semuanya berjalan dengan lancar, mohon agar ia berterusan....



Ya... Bersyukur atas ujian yang diberi.....
hingga ketemu lagi..


 photo http___signaturesmylivesignaturecom_54492_97_5642743023901FB550C2EFEF9A854240_zpse206ed4d.png

Monday 11 August 2014

Indahnya Jika Hidup Dalam Keredhoan....

Salam Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin.
Hampir 2 bulan saya tak menulis dan berblog, bukan sibuk bekerja tapi sibuk berwhatapps, jumpa kawan-kawan lama, create group so... tak hentilah berkongsi cerita.  Kisah saya mula bersawang dek kerana terhenti menulis...dan hari ini, tatkala mood raya pun semakin berkurang, jari mula gatal untuk menari-nari di atas keyboard ini...

_______________________________________________
10 Oktober

Seperti yang diarahkan, awal pagi aku dan suami sudah bergerak ke HKL.  Anak-anak ditinggalkan di rumah, sekejap lagi kakak ipar akan datang menjenguk mereka.  Untung ada adik-beradik yang tinggal berdekatan dan pastinya rapat, jadi masing-masing sudah 'mengoffer' diri untuk memberi bantuan.  Mujur jugalah anak-anak 'independent', setakat bangun dan kelibat mama dan papa tidak kelihatan mereka tidak  melatah, asalkan ada air dan roti di meja makan, televisyen terpasang dan ipad berbateri penuh, sudah pasti mendiamkan mereka.

7.30am kami sudah sampai di HKL.  Seperti yang diarahkan sebelum ini aku harus mengambil ujian Xray terlebih dahulu, kemudiannya barulah membuat pendaftaran untuk memasuki wad.



 Sebelum daftar aku dan suami bersarapan dulu di kafe hospital, tapi tak selera aku nak makan bukan sebab tak sedap tetapi memang tak lalu nak makan, hati dah ingat ke lain kata orang.  Selesai kami bergerak ke bahagian pendaftaran wad, ni bangunan lain pulak..

Sejurus sampai di bahagian pendaftaran, 'demand'nya aku meminta bilik first class, biasa masuk private hospital bilik double bedpun masih selesa, tapi di HKL aku dapat bayangkan betapa tidak selesanya berkongsi bilik.  Sombongkah aku? Tapi itu yang dapat dilihat dengan mata kasar dan pendengaran dari mulut-mulut reporter yang tak bertauliah.

"oh puan, kami tak janji akan dapat bilik 1st class ye sebab Q panjang." jelas akak yang menjaga kaunter.
"oo.. ye ke... so kalau macam tu 2nd class pun okla." aku demand lagi hehe..
"Duduk dulu, saya check dulu ye.."

Aku dan suami duduk menunggu, namun tak sampai sepuluh minit namaku dipanggil.
"Rezeki puan, ada bilik 1st class, jarang nak dapat macam ni tau," jelasnya, nampak sekali dia sendiripun tak sangka, rezeki aku..aku tersenyum lega, Syukurnya ya Allah!  Terus suami menyelesaikan urusan pendaftaran dan terus kami bergerak ke wad.

Usai sampai ke bahagian wad first class kami disambut mesra nurse-nurse yang cantik-cantik dan peramah, dalam hati aku terdetik boleh tahan first class du HKL rupanya, not bad...5 bintang markah aku bagi sebab bilikpun ok, selesalah kalau banding wad biasa, sebuah single bed, sofa 1 sitter, glass window, side table, locker, sinki dan bilik air.  Ok! aku boleh terima, siap aku amik gambar sebab aku nak share dengan uols semua...akupun sempat berselfie sekali, en suamipun layan aku hehe..

Tak lama kemudian nurse datang bagi 'form' untuk diisi serta baju persalinan hospital.  Yang ni aku tak berkenan sebab baju free size warna hijau kusam gitu.  Gelak-gelak aku nak pakai, aku yang bersaiz kecil kena pakai baju saiz xxl.  Baju ok lagi tapi seluar dan boleh masuk dua orang lagi.  Tapi sebab dah memang protokolnya begitu, terpaksa juga pakai, aku tolak 2 markah haha sebab aku rasa macam orang sakit mental, tapi terima jelahkan, dah sakit buat cara sakit....

Sepanjang hari di wad, aku tak boleh tidur, mujurlah aku bawa bahan bacaan, buku cerita, buku motivasi DR MAZA dan Quran terjemahan.  So habiskan masa membaca, suami , ku suruh pulang untuk menjenguk anak-anak, nanti petang dia datang semula.  Nurse-nurse bersilih ganti datang menjenguk, bertanya itu dan ini jika aku perlukan sesuatu.  Doktor juga datang dan bukannya seorang tapi sekali datang mahunya enam orang , dah penuh bilik mengadap aku, dan aku faham di kalangan mereka ialah Doktor pakar, MO dan houseman dan praktikal.  Aku juga kena ambil darah sekali lagi bila didapati tiada record darah yang aku ambil minggu lepas, tapi bila keluar result, doktor yang bertugas cakap dua-dua result ada...hurmmm.. sabarjela...

Paling best bab makan sebab makanan not bed dan aku memang makan sampai habis, sedap pulak makanan hospital haha. Dan malamnya bila suami dah pulang aku terus tidur, aku kena puasa sebab esok hari pembedahannya, kata doktor aku turn yang kedua dan kalau first patient tak datang so aku orang yang pertama.  Sebelum tidur ku panjatkan doa agar segalanya dipermudahkan, aku tak boleh nak solat bila siang tadi aku tiba-tiba 'ABC' dan aku redho,  barangkali Allah ingin memudahkan aku, 'bercuti' tak semestinya kita akan bercuti dari mengingati Allah kannn... 


Maka, tidurlah aku dengan lena menanti hari esok dengan debaran......Indahnya hidup.. jika kita redho dengan setiap apa yang berlaku atas diri kita...setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya...Insyaallah...


 photo http___signaturesmylivesignaturecom_54492_97_5642743023901FB550C2EFEF9A854240_zpse206ed4d.png

Saturday 17 May 2014

A Shoulder To Cry On...

Assalamualaikum.... bz betul saya dua tiga minggu ni, serabut kepala otak memikirkan macam-macam ragam manusia yang banyak mementing diri sendiri.  Terperam cerita saya untuk beberapa minggu... so.. selamat membaca..
__________________________________________________________________

Masa berlalu begitu cepat aku rasa.  Pejam celik pejam celik sudah hampir tiga minggu selepas aku dimaklumkan tentang penyakitku.  Dalam masa tiga minggu juga aku tak putus muhasabah diri, bukan aku tak pernah muhasabah, tak bangun malam, tak beramal tetapi barangkali perbuatan atau amalanku sebelum ini tak cukup kuat, tak cukup penghayatan!

Masih segar diingatanku kata-kata dan pesanan salah seorang kakak iparku yang datang melawatku sejurus mendapat berita tentang aku.  Sememangnya aku sengaja tidak mahu sebarkan tentang diriku sebab aku tak mahu dikasihani, aku tak mahu dilihat sedih dan aku juga tak mahu dilihat sakit!

Malah aku sendiri tidak benarkan ibu di kampung datang ke rumahku.  Aku tahu sudah pasti dia susah hati dengan keadaanku.  Tapi aku tak sanggup dan tak mahu lihat wajah tua yang sugul yang pasti risaukan aku.  Malah ibu pasti memikirkan perkara yang bukan-bukan, perkara yang kurang mereka fahami, cerita yang mereka sendiri kurang pasti kesahihannya disebarkan.

  "Kita sebarkan keadaan diri kita bukan niat untuk dikasihani, tetapi beritahulah mereka yang lain, sekurang-kurangnya mereka berdoa untuk kita.  Bayangkan sepuluh orang tahu dan sepuluh orang akan berdoa untuk kita!" kata-kata kakak iparku yang ku panggil Ateh, masih segar hingga kini bila aku beritahu tak mahu orang lain tahu, sebab aku rimas bila orang sedih, nanti aku juga jadi sedih, aku juga rimas bila orang cadangkan ubat itu dan ini, padahal niat mereka ingin membantu, sebab aku jenis susah nak percaya ubat-ubatan.

   "Terimalah ujian ini dengan redho dan positif," sambung Ateh lagi. aku sekadar anggukkan kepala.
   "Yelah Ateh, Nanie percaya ujian ini juga adalah kaffarah atas dosa-dosa yang telah Nanie lakukan sebelum ini, moga Allah memberi balasan yang setimpal," ujarku jujur.

   "Eh, jangan cakap macam tu, adakalanya juga ujian yang Allah beri itu adalah kerana kita yang terpilih, kita layak dengan ujianNya.  Allah pilih Nanie sebab Nanie mampu mengahrunginya, jadi contoh kepada orang lain.  Setiap orang ujian yang dilalui berbeza, dan Allah pilih seseorang itu atas kelayakan mereka dan Allah pasti sayangkan hambaNya.  Contohnya Rasulullah sendiri, kekasih Allah, sudah tentu ma'sum, kekasih Allah, tetapi sentiasa diberi ujian oleh Allah, sebab? Sebab Baginda layak, mampu dan menjadi contoh kepada umatnya," panjang lebar Ateh memberi nasihat dan kata-kata semangat, aku rasa tenang, rasa seperti bangkit semula, semakin bersemangat untuk mengharungi hidup ini.  Di hatiku bersyukur kerana sentiasa dikelilingi oleh insan-insan yang menyayangi diriku.

---------------------------------------------------
09hb Mei 2013

Tarikh yang pasti akan aku sematkan dalam ingatanku sampai akhir hayat.  Sehari sebelum aku 'check in' di hospital, aku.. seperti hari-hari sebelumnya, tidak sedikitpun ada rasa gentar.  Bertalu-talu menerima ucapan dan pesanan pihak 'penaja' dari whatsapp group (ada 3 group je yang aku ceritakan tentang aku, group kawan kerja dan belajar, group sekolah menengah dan group kolej) yang aku ada, tak ketinggalan juga 'phone call' dan individu.  Aku sendiri buntu apa persediaan untuk aku lakukan sebab aku tak pernah masuk ward melainkan sebab bersalin dan demam denggi dua tahun lepas hehe.

Sebelah petangnya aku lihat suami ku sibuk mengemas ruang tamu dan aku tak rasa luarbiasa sebab suamiku memang rajin orangnya dan akupun tak rasa nak tolong sebab dia juga biasa buat kerja sendiri.  Aku rancang untuk ajak suami makan diluar sahaja malam ni sebab malas rasanya nak pegang periuk belanga, walau hakikatnya bukan tiap-tiap haripun aku pegang, tapi hari ni rasanya teringin sangat nak makan 'besar' sikit sebelum esok dan 'for sure' sebelum hari raya Haji dan tak dapat beraya dengan anak-anak.

"Tengoklah," jawapan skema yang selalu encik suamiku jawab dan aku faham sangat, ia bermaksud kalau diizinkan ok kalau tak diizinkan tak perlulah.

Lewat petang ipar duaiku datang bersama anak-anaknya, pasti datang melawat ku sebelum aku ke hospital esok.  Tapi berlama pulak dia, sebab jarang dia dapat berlama-lama, tambahan esok hari kerja.  Hampir maghrib tiba dua orang lagi kakak iparku bersama anak saudara serta membawa bungkusan makanan.  Hmmm... aku sudah mengesyaki 'sesuatu'.  Diaorang memang suka buat-buat 'surprise' dan rasanya diaorang nak surprisekan aku.  Waktu maghrib kakak iparku yang lain pula tiba dengan anaknya, dan juga dengan makanan.  Rumahku mula meriah dengan adik-beradik sebelah suami yang kebanyakan duduk di Ampang.  Tak lama kemudian muncul seorang lagi kakak iparku, kakak suamiku yang sulong bersama anak-anaknya dan juga makanan. Oowh... pakatan ahli mesyuarat tingkap rupanya, patutlah suamiku siap mengemas, rupanya diapun dah tahu.  Suamiku punya 13 orang adik beradik dan aku menantu yang ke 13.

"Oooo... berpakat tak bagi tahu, patutle Mohsin relax je bila ajak makan kat luar.."
"Alaaa... last minutepun, tiba-tiba je dapat idea, call semua... semuapun ok," kak Rahimi menjawab, aku tahu dialah mastermindnya... sebab dia yang selalu suka buat plan-plan mengejut.




Rupa-rupanya memang ia dirancang.  Sebabtu masing-masing datang bawa makan, yang bestnya ada theme color.. PINK!  Usai semua solat maghrib, masing-masing mengambil tempat.  Aku masih 'blur' lagi sebenarnya.  Aku ingat kehadiran meraka untuk makan-makan je, hmm seronok pulak nak hantar aku masuk wad esok ye... tapi rupanya tekaan aku meleset bila masing-masing mengambil tempat dan suasana mulai senyap.

"Assalamualaikum... terima kasih kerana datang, Insyaallah kita akan baca Yaasin untuk Cik Nanie yang akan menjalani pembedahan, semoga ia berjalan lancar......"Ariff anak buah suamiku memulakan majlis.

Baru ku tahu tujuan asal mereka. Suamiku kemudiannya mengepalai majlis bacaan Yaasin.  Aku yang duduk di belakang sekali semakin menunduk sambil membaca.  Mata ku kian kabur dek air mata yang mula bergenang.  Ya Allah...terharunya saat ini, saat aku tak tahu apa yang mahu digambarkan dan saat ini sokongan datang dan ianya sangat menenangkan.





Dan Penghujungnya doa dibaca oleh suamiku dan diaminkan. Alhamdulillah.  Saat itu aku berlari ke dapur.  Sedih dan sangat sedih, air mataku tak dapat dibendung lagi dan laju mengalir. Tuhan sahaja yang tahu betapa bersyukurnya aku saat ini, punya saudara yang kuat menyokongku.  Sungguh! Aku sangat terharu... aku kesat pipi kiri dan kanan, air mata mengalir lagi... pipiku basah lagi. Tersentuh sungguh saat ini, terfikir aku bagaimana mereka yang tidak dapat sokongan sepeti aku?? Ya Allah .. bertuahnya aku saat ini.

"Cik Nanie, nak bawa pinggan mana ke depan?" Suara Umm anak saudara suamiku menghentikan kesedihan aku.  Lantas cepat-cepat kukesatkan air mata,harap-harap dia tak perasan aku menangis, cepat-cepat juga aku capai pinggan.



Wah.. meriah sungguh makanan sampai penuh meja.  Sambil makan banyaklah topik dibincangkan, biasalah kalau dah dapat berjumpa.

"Kamu jangan risau Sin, anak kamu adalah yang menjaga nanti.." kak Mi bersuara
"Kak Yahpun boleh tengok," masing-masing memberi sokongan kepada aku dan suami.

Tett..tett.. whatsapp ku berbunyi,,
'Mana gambar!!'
'Nak tengok..!'
'Nak juga!! Sedapnya!'
'Sure meriah..'
'kami doa dari jauh..'
Aku senyum...

'Ya Allah... Aku bersyukur padamu atas peluang dan ujian yang kauberikan padaku, kau berilah kekuatan untuk aku terus tabah dan cekal menghadapinya, moga aku boleh menjadi contoh kepada insan yang lain...Aminnn... ' doaku di kala tahajjud....


 photo http___signaturesmylivesignaturecom_54492_97_5642743023901FB550C2EFEF9A854240_zpse206ed4d.png

Monday 28 April 2014

Kaunseling - Terapi Diri


Alhamdulillah, hari-hari ku lalui seperti biasa.  Bangun dan jalani hari-hariku tanpa memikirkan aku sakit.  Aku rasa itu langkah untuk mempositifkan diri.  Kalau fikir diri ini sakit pasti akan rasa sakit.  Dan sampai ke hari ini aku tak pernah setkan diriku sakit namun sentiasa beringat yang kena jaga diri selalulah.

Aku tak lupa, hari terakhir berjumpa Doktor Aina, aku dicadangkan menemui pakar kaunseling untuk mendapatkan nasihat serta panduan dan semangat untuk menghadapi serta melawan penyakit ini.  "Setiap khamis pukul 2.30pm" itu pesannya, dan juga ditulis pada buku appointmentku.


Pada hari khamis seminggu sebelum aku masuk wad, petangnya aku minta encik suamiku menghantarku ke HKL untuk sessi kaunseling.  Memasuki pintu ke wad-wad utama, menuju ke tingkat 3, dan aku bertanya receptinist yang menjaga kaunter di situ.
"Cik, sessi kaunseling pukul 2.30pm di bilik mana ya," 
"Oh, petang ni ada ye, puan buka je pintu bilik sebelah ni," tunjuk jururawat tersebut seraya bangun sambil menunjuk ke arah pintu yang tertutup.

Aku tolak pintu, bilik yang tidak begitu besar tapi kelihatan selesa dengan set sofa serta satu sudut lagi meja mesyuarat dua belas kerusi.  Di dinding penuh artikel-artikel tentang kesihatan dan kaunseling.  Aku duduk di sofa menunggu, masih tiada kelibat sesiapa pun, dalam hati terdetik 'betul ke ada kaunseling ni.'

Beberapa minit kemudian muncul seorang perempuan Cina berbaju merah jambu, umur lingkungan lima puluhan menjenguk.  Aku lihat bajunya bertulis BCCW. 
"Sorang saja ka?" dia tanya aku
"Ya,"jawabku pendek, sekadar berbasa basi.
Lalu dia tutup pintu kembali. Aik? aku seorang kembali.

Lama juga menunggu, jam menunjukkan hampir pukul 3petang, pintu bilik sekali lagi ditolak, muncul kembali perempuan Cina tadi tetapi kali ini bersama beberapa orang jururawat dan seorang jururawat lelaki.  Aku perhatikan saja gerak mereka menyusun kerusi berhampiran sofa tempat ku duduk, tak muat kalau semua nak duduk di sofa.  Perempuan cina tadi duduk di hadapan ku, dan dudukku diapit jururawat.  Aku senyum sahaja, tak tahu nak beri respon lain.
"Sorry, ada sorang saja," kata perempuan cina itu pada jururawat, barangkali dialah kaunselor aku meneka sendiri.
"Sepatutnya ramaike?"tanyaku pada jururawat sebelahku. 
"Sepatutnya pesakit ramai yang kita hantar untuk datang kaunseling, tapi macam nilah, masing-masing bagi alasan tak ada kenderaanlah, tak ada masa, terutama orang melayu kak, cukup susah nak datang kaunseling,"panjang lebar jururawat tu menjawab. Aku angguk tanda faham cuma aku tak faham kenapa orang mengelak dari datang kaunseling, bukan kena bayar kot. Bila nurse sebut 'terutama melayu' aku rasa sedih, kenapa orang kita cepat 'down' bila terima berita-berita macam ni.  Kaunseling tujuan nak membantu memberi pencerahan, mengurangkan tekanan, meningkatkan positif dalam diri, tapi itupun kita tolak, apa lagi yang boleh dibantukan.

Rupanya perempuan cina ni kaunselor mewakili BCWA (Breast Cancer Welfare Association),  dia sendiri adalah pesakit breast cancer dan dua belas tahun! Kagumnya aku bila aku tengok dia sihat tanpa ambil sebarang ubat-ubat sampingan melainkan vitamin untuk kesihatan serta menjalani hidup sihat.  
aku curi-curi ambil gambar ni, sebab dia tak mahu hehe...
 Tiba giliran aku pula bercerita dari a-z, semua melopong mendengar, last-last aku yang banyak cakap, entah siapa kaunseling siapa huhu.  Nurse-nurse yang datang dari bahagian onkologi sibuk bertanya aku itu dan ini, kata mereka aku tak nampak macam sakit.  Aku cuma mampu cakap selagi kita boleh kelihatan sihat apasalahnya kita hidup seperti biasa, dan aku sendiri tak suka dilihat seperti orang sakit!
ini span untuk diletakkan pada 'bra' bila dah tak ada... aku dapat satu as a gift :)
 Selesai mengisi borang dan sessi kaunseling yang berlansung hampir satu jam, banyak info yang aku dapat mengenai rawatan-rawatan lanjutan selepas pembedahan seperti kimoterapi (chemoteraphy), radioterapi (radioteraphy), senaman-senaman selepas pembedahan dari bahagian fisioterapi (Physiotherapy) dan semangat serta nasihat yang diberi oleh kaunselor dan jururawat.



Sempat aku berselfie dengan jururuwat2 :)

suasana dalam bilik kaunseling

beg yang aku terima dari kaunselor mengandungi bola senaman, risalah-risalah tentang kanser



Hari lainnya, aku buat beberapa persediaan sebelum menjalani pembedahan.  Kata kaunselor tak semua pesakit perlu menjalani kimoterapi dan radioterapi, dan dia sendiri hanya menjalani radioterapi, dan kesemuanya berkemungkinan, begantung kepada kondisi badan pesakit dan stage yang dihidapi.  Kesan-kesan juga tak sama kata kaunselor, kesan kimo menyebabkan rambut luruh, dan beberapa kesan lain yang harus aku bersedia menghadapinya.

Ekoran selepas sessi kaunseling aku mengambil keputusan memotong rambut pendek, yelah, kalau rambut luruh tak perlulah teruk menjaganya. Selepas mendapat izin suami aku ke salon kenalan yang selalu aku kunjungi, berteman anak bongsuku.

aku yang nak potong rambut, Qistina anak bongsuku tumpang sekaki, seronok dia dapat memanjakan diri, hilang resah di hati bila lihat anak tersenyum...

Persediaan-persediaan begini adalah satu langkah positifkan diri selain terapi diri.  Aku sedikitpun tidak rasa risau tentang hari pembedahan yang bakal aku tempuhi.  Syukur ke hadrat Ilahi, ku punya suami yang cukup memahami, mengambil berat, sabar dan mengerti apa yang aku lalui.

 photo http___signaturesmylivesignaturecom_54492_97_5642743023901FB550C2EFEF9A854240_zpse206ed4d.png

Friday 11 April 2014

Wake up!! Be Positive...Life must go On!!

Tika malam... mataku tak mampu lelap lagi, lalu butang kekunci laptopku ditekan. Ikon google ditekan, Breast Cancer di search. Tak banyak cerita pasal breast cancer dalam web melayu, satu dua cerita dan selebihnya menjual ubat-ubatan berbagai jenis. Aku bukan mencari ubat tapi aku mencari kekuatan, mencari dorongan dan panduan, untuk membina keyakinan serta untuk menanamkan semangat.

Tapi banyaknya blog-blog mat salleh yang aku dapat info, yang lebih menceritakan pengalaman mereka yang boleh dikongsi bersama, panduan-panduan dalam menjalani hidup yang sihat dan bagaimana hendak menanamkan sikap yang positif dalam diri.

Aku jumpa satu web ni, tapi bila aku search balik sekarang dah lupa apa addressnya, silap pulak tak 'bookmark' hari tu, banyak info aku dapat dan bagaimana pesakit-pesakit muda menerima penyakit yang didiagnose dan bagaimana diorang meneruskan cara hidup.  Dan dari situ aku cuba serba sedikit amalkan apa yang aku baca, aku ceduk dari pembacaan itu dan aku sesuaikan dengan diri aku.  Bagi ku setiap yang berlaku pada diri ini, hanya badan dan akal kita sendiri yang tahu untuk kebaikan diri sendiri.

Entah pukul berapa aku berjaga aku tak pasti, selesai menelek blog-blog di skrin laptop, aku tak lupa mengahadap yang Esa.  Tempat paling teratas untuk kita mengadu, memohon dan meratap.  Menangis sepuas hati, memohon keampunan, meminta kekuatan, aku pasti, andai aku diuji atas kafarah dosaku maka akan kuperbaiki diri ini ke arah yang lebih baik.  Allah hanya menjentik aku, menyedarkan aku, kerana ujian ini tidaklah seseksa mereka-mereka yang terlantar sakit, mereka yang keperitan hidup tapi ujian yang aku terima mampu lagi aku lawan Insyaallah.  

Dan andai aku diuji atas sayangnya Allah kepadaku, kerana aku antara insan yang terpilih dalam menerima ujian ini, mampu menerima dan menjadi contoh kepada mereka yang lain, maka akan aku teruskan perjuangan, berkongsi pengalaman dari masa ke semasa dengan info yang baik.

Keesokan paginya, perkara pertama yang aku lakukan me'ngelearkan' peti sejuk, hasil bacaanku! Aku buang semua makana-makanan lama, yang kurang sihat, makanan yang lebih dari tiga hari.  Bukan tak amalkan cara hidup sihat sebelum ni tapi amalan ini akan diamalkan dengan lebih baik.  Pasti pemakanan juga harus dijaga.  Kalau tanya orang pasti kena pantang itu dan ini, kalau tanya doktor pasti boleh makan apa saja, so aku tanya diri aku sendiri, kalau ia sesuai dengan badan aku pasti aku makan, tengok 'condition' badan sendiri, sebab setiap makan ada khasiat dan zatnya juga.

Aku juga terima banyak pesanan dari rakan-rakan whassap dengan surah-surah yang boleh diamalkan serta beberapa pemakan bijirin yang sesuai untuk mencegah kanser yang telah aku amalkan.  Sempat ber'hangout' dengan schoolmate untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita, kebetulan kawanku ada menanam pokok daun belalai gajah yang aku baca mengandungi vitamin B17 baik untuk mencegah kanser. Alhamdulillah... aku rasa perjalananku sangat mudah.

Thanks my dear friends K Njang n Dikyah, our meeting is great!
Pokok Daun Belalai Gajah pemberian Dikyah yang aku tanam sekarang dah rimbun
Antara lain bijirin-bijirin yang baik untuk kanser ialah:
- Biji aprikot (aku amalkan 7 biji sehari - yang pahit tulah yang ada B17 - katanyalah)
- Durian belanda - buat jus
- Daun belalai gajah (aku buat minum atau masak atau buat ulam)
- Propolis
- Biji Avocado (pahit!! Tuhan saja yang tahu dan aku hiris halus2 makan dengan salad)
- Air zam-zam (air yang tiada tolok bandingnya)

Dan ini amalan surah-surah yang aku amalkan, nak kata selalu tak juga, ikut sempat, cuma setiap kali baca akan aku hembuskan pada air untuk diminum dan disapu pada badan dan tempat sakit, anak-anak juga aku tak halang untuk minum sebab ia air penawar.

maaf kurang clear sangat, nanti aku type lain cantik-cantik, yang ni koleksi yang aku simpan untuk rujukan dalam handphone je, tiap kali nak baca aku rujuk balik stepnya.... thanks sahabat yang bagi panduan-panduan ni!


 photo http___signaturesmylivesignaturecom_54492_97_5642743023901FB550C2EFEF9A854240_zpse206ed4d.png

Tuesday 18 March 2014

Tuhan....Kau Tabahkan Hati Ini....

24 September 2013:


“Puan Hanani ye....” Tanya Miss Aina sambil matanya terus merenung helaian kertas di hadapan

“ya.. “ jawabku sepatah, sambil membetulkan dudukku seusai sahaja turun dari katil rawatan selepas dirawat oleh Miss Aina yang merupakan pakar klinik Breast Cancer di HKL.

“Last week awak jumpa doctor Zunita is it? Saya tak ada last week, sorry lah, ada meeting” dia kelihatan tenang, dan pasti aku juga setenang dia.

“its ok” jawab ku ringkas.

“Last week you buat ultrasound dan terus buat biopsy ye,” dia seolah mendapatkan kepastian yang sudah pasti tercatat di rekodku itu. Dan aku hanya mengangguk tanda mengiayakannya.

“You datang seorang atau ada husband you kat luar?” soalnya lagi, dalam hati ku pasti dia sudah bersedia untuk memberi keputusan biopsy yang dibuat minggu lalu.

“Saya datang seorang, husband jaga anak dekat rumah, its ok… saya boleh dengar,” dalam hati mesti kena ada encik suami juga ke untuk tahu keputusan, kebiasaannya orang datang dengan suami?

“Puan Nanie, awak tak kisah saya beritahu sekarang atau you nak husband you ada sekali?” Tanya Miss Aina tenang, soalannya yang sebegitu seolah-olah aku sudah boleh scan apa yang bakal dikatanya nanti.

“Result you ialah cancer positif…. Stage two,”luahnya ringkas. Yelah. Takkan doctor nak buat wajah terkejut kot.

“oh… ok,” jawabku sambil menganggukkan kepala, tak tahu apa riaksi paling sesuai untuk ku lakukan, menangis? Oh tidak sama sekali! Aku harus tenang, relax dan dengar apa yang bakal dinasihatkan Doktor.

“Saya memberi pandangan dan nasihat saya, ikut lah rawatan hospital, tapi saya tak boleh paksa you sebab itu hak you, kalau you rasa rawatan tradisional atau alternative lain lebih elok, tapi saya memang nasihatkan you buatlah rawatan modern”

“Saya tak kisah, apa yang doktor kata itu yang terbaik untuk saya, saya ikut, so.. apa yang tindakan lepas ni?’

“Berdasarkan saiz lump you dan 3inc, kita kena remove all your breast.  Normally we can remove the lump only, but your size is small, so tisu di situ tak banyak, kalau tak buang semua kita takut sell kanser akan merebak ke organ lain,” jelas Miss Aina detail

Alright… but when?” aku mengangguk faham dan masih tenang.

As soon as we can, let me check the schedule,” terus Miss Aina membuka buku tugasan surgicalnya, akupun tumpang lihat sekali, memang penuh, hari-hari Miss Aini ini membedah orang rupanya, tanggungjawab yang besar menyelamatkan nyawa manusia, sungguh besar khidmat yang dihulurkan.  Akhirnya ada ruang kosong dicelah-celah tugasannya, seperti sudah bertanda tetapi dipotong, lalu Miss Aina mencatatkan sesuatu, tarikhnya dua minggu lagi.

“Kita tak boleh biar lama, saya akan buatkan surat untuk you terus berjumpa dengan pakar bius, petang ni boleh? You kerja sendirikan? I’m sure this date 11 October 2013, so 10hb you dah kena register, if boleh di awalkan lagi kita akan call you, dan saya akan pastikan bukan bulan November” ulasnya panjang lebar.

Aku ikut sahaja, sekejap angguk, sekejap diam tak berkutik, sekejap kepala menjengah sedikit melihat apa yang dicatatkan Miss Aina.  Lalu aku diminta menunggu di luar sementara menunggu dipanggil untuk berjumpa pakar bius.

“Puan Nanie kalau nak makan dulu pun boleh sebab sekarang baru pukul 12, dan datang balik dalam pukul 2pm, nanti staff di kaunter hadapan akan panggil ya” terang nurse yang membantu Miss Aina.  Sebelum itu dia sempat berpesan supaya aku pergi kaunseling pada hari khamis di tingkat tiga bangunan wad, untuk berjumpa kaunselor. 

Aku keluar sejurus mengucapkan terima kasih dan memberi salam.  Pintu dikuak, langkah longlai menuju tempat menunggu.  Aku mengambil tempat di hujung sudut yang kebetulan lapang dan hospital baru ini memang menempatkan kerusi yang banyak dan selesa.

Malabuhkan punggungku di atas kerusi betul-betul bersebelahan tingkap besar yang tampak jelas bangunan usang di Jalan Pahang berhadapan Hospital, lantas aku keluarkan iphone ku dan nama My Love Hubby ditekan.

  “Assalamualaikum..” suara di hujung talian
  “Waalaikumussalam…abang, nanie dah tahu result” aku memendam rasa
   “Macamana?”
   “Nanie positif kanser, kena buang habis, abang ok ke?”
   “Takpela, ikutje cakap doctor” ujar suami ku tenang.
  “Petang ni kena jumpa pakar bius, so Nanie tunggu sini teruslah, abang boleh datang, tinggal budak-budak tu dekat kedailah” teringat anak-anakku Shahmi dan Tina bersama suami boleh ditinggalkan bersama staff kami di kedai.



Sebaik panggilan dimatikan, mataku terus memandang keluar jalan, entah hilang ke mana semangat tadi akupun tak pasti, hati terus menangis, mata mula kabur. Aku lepaskan semua yang berbuku, saat ini hati beristighfar, Ya Tuhan Ya Rob, Engkaulah yang Maha Mengetahui atas perancangan Kau yang hebat ini.  Aku tak boleh menahan air mata yang turun laju, sungguh! Hati ini sangat sedih ketika ini, tercari-cari jawapan mengapa aku yang dipilih? Mata tunduk memandang artikel-artikel yang baru diberi doctor, hati terus menerawang mencari jalan keluar, dada terasa sempit, kolam air mataku sudah pecah, air mata turun laju, aku biar, menjerit sekuat dalam hati. Nasib baiklah ruang yang aku duduk agak jauh dari kedudukan orang lain, lalu kubiar air mata ini laju turun, turun sepuas-puasnya. Lalu aku bangun melihat luar tingkap yang luas, jalan yang sentiasa sibuk sedari pagi lagi.  Hati rasa sedikit tenang, lalu air mata dikesat perlahan.  Memastikan wajah tidak memerah lalu ku langkah menuju ke kafe hospital, perut minta diisi.

Setiba di kafeteria, dari tingkat bawah ke tingkat 1, dari 1 stall ke 1 stall, semua menu tak menarik perhatianku.  Lalu ku oder passembor dan fresh orange, mencari sudut yang agak selesa, lalu iphone di tekan nombor telefon kakakku di kampung.
             " Kak, nanie kat hospital ni," aku memulakan perbualan.
             " Hah, macamana keputusan?" dia terus menyoal, risau bunyi suaranya.
           "Nanie positif kanser......," aku tak mampu meneruskan kata-kata, sebaknya ya Allah.  Air mata mula menitis tanpa dipinta. Aku pandang ke bawah, segan nanti dilihat pelanggan-pelanggan kafeteria.
            "Ya Allah, banyak bersabo ye, ujian Allah semua tu, tak apa, kita usaha selagi boleh, hang jangan risau sangat, apa-apa bagitau kak, kita berdoalah selalu,"ujar kakak ku tenang, aku tahu dia sangat risau. Aku tak teruskan perbualan lagi, suara tersekat-sekat menahan sendu.  Cuba menahan dari terus menangis tapi aku tak mampu, lalu ku biarkan air mata mengalir, lapang sedikit dada.

Pada teman group whatssap ku beritahu.  Masing-masing mengucap takziah dah menyuruh aku tabah serta memberi kata-kata semangat.  Siap dengan icon-icon emoji sedih, sayu dan terkejut.  Cuma pesanku pada mereka, tolong jangan buat ucapan-ucapan sedih tapi doakan untukku sebab aku perlu posoitif, so.. kawan-kawan ku mengerti. Silap aku tak save awal-awal sebab tak sangka pula whatssap ku didelete anak sendiri, Lansung tiada bukti hehe. Terima kasih temannnn!! Love you all forever!

Selesai lunch, actually tak makan pun, passembor yang ku order tadi, ku sentuh sedikit sahaja, tak lalu sungguh, lidah tak rasa apa, fresh orange sahaja aku teguk itu pun hanya separuh gelas sahaja.  Sudah tak mampu menghabiskannya, aku terus bergerak ke klinik pembedahan am sementara menanti suami tiba.  Tidak lama kemudian telefon berbunyi lagi, owh rakan bisnessku menelefon rupanya.  "Akak dekat hospital ni Yong," aku memberitahu.
                "Akak macamana? Dah tahu result ke?" dia ingin tahu.
              "Akak positive and diagnosed breast cancer, but its ok, I'm fine," aku menahan sebak, tapi tak mampu.
               "Tak pe akak, akak kena kuat, pedulikan kata orang...InsyaAllah akak boleh lawan! Ramaije yang kena cancer tapi boleh survive, dah sihat!" dia memberi semangat pada ku, dan sesungguhnya aku tak mampu untuk berkata-kata. Sejurus mengucapkan terima kasih aku minta talian diputuskan sebab sesungguhnya aku tak mampu berkata-kata lagi, hanya Tuhan sahaja yang tahu.  Dan saat ini aku sedar ramaiya yang menyayangi dan mengambil berat diri ini.

Suami ku sampai tak lama selepas itu,  usai bersalaman, kami banyak membisu, aku tak mampu bersuara, air mata sentiasa bertakung dan bergenang, jika bersuara pasti mengalir.  Suamiku seolah mengerti, lalu artikel-artikel yang diberi doktor tadi dibacanya.

Tak lama selepas itu namaku dipanggil, lalu kami di bawa ke tingkat 8, untuk bertemu pakar bius.  Diambil timbangan berat badan, darah dan juga mendapat sedikit khidmat nasihat dari doktor bius. Proses berlaku begitu cepat.  Dalam masa dua minggu lagi aku perlu datang, dan buatkan xray sebelum mendaftar memasuki wad.

Selesai, kami pulang ke rumah, suami ku amat memahami, Alhamdulillah.  Setiba dirumah aku terus tidur, mujurlah dah solat awal-awal lagi di surau hospital. Tidur dapat menenangkan hati yang luluh ini.  Namun tak dapat nak nyenyakpun apabila panggilan demi panggilan dari saudara yang sudah mula mencium berita ini ku layan juga.

                  "Abang, nanti dah tak ada sebelahni, dah kurang dah, abang masih bersama Nanie ke?"
               "Masih, kurang satu yang lain tetap ada, tak ada kurangnya...." owh Allah...syukurnya... sob-sob :(
Sedikit info yang saya dapat dari pakcik google:
rupa bentuk breast cancer  dari stage 1 hinggalah  last stage

 photo http___signaturesmylivesignaturecom_54492_97_5642743023901FB550C2EFEF9A854240_zpse206ed4d.png