Monday, 28 April 2014

Kaunseling - Terapi Diri


Alhamdulillah, hari-hari ku lalui seperti biasa.  Bangun dan jalani hari-hariku tanpa memikirkan aku sakit.  Aku rasa itu langkah untuk mempositifkan diri.  Kalau fikir diri ini sakit pasti akan rasa sakit.  Dan sampai ke hari ini aku tak pernah setkan diriku sakit namun sentiasa beringat yang kena jaga diri selalulah.

Aku tak lupa, hari terakhir berjumpa Doktor Aina, aku dicadangkan menemui pakar kaunseling untuk mendapatkan nasihat serta panduan dan semangat untuk menghadapi serta melawan penyakit ini.  "Setiap khamis pukul 2.30pm" itu pesannya, dan juga ditulis pada buku appointmentku.


Pada hari khamis seminggu sebelum aku masuk wad, petangnya aku minta encik suamiku menghantarku ke HKL untuk sessi kaunseling.  Memasuki pintu ke wad-wad utama, menuju ke tingkat 3, dan aku bertanya receptinist yang menjaga kaunter di situ.
"Cik, sessi kaunseling pukul 2.30pm di bilik mana ya," 
"Oh, petang ni ada ye, puan buka je pintu bilik sebelah ni," tunjuk jururawat tersebut seraya bangun sambil menunjuk ke arah pintu yang tertutup.

Aku tolak pintu, bilik yang tidak begitu besar tapi kelihatan selesa dengan set sofa serta satu sudut lagi meja mesyuarat dua belas kerusi.  Di dinding penuh artikel-artikel tentang kesihatan dan kaunseling.  Aku duduk di sofa menunggu, masih tiada kelibat sesiapa pun, dalam hati terdetik 'betul ke ada kaunseling ni.'

Beberapa minit kemudian muncul seorang perempuan Cina berbaju merah jambu, umur lingkungan lima puluhan menjenguk.  Aku lihat bajunya bertulis BCCW. 
"Sorang saja ka?" dia tanya aku
"Ya,"jawabku pendek, sekadar berbasa basi.
Lalu dia tutup pintu kembali. Aik? aku seorang kembali.

Lama juga menunggu, jam menunjukkan hampir pukul 3petang, pintu bilik sekali lagi ditolak, muncul kembali perempuan Cina tadi tetapi kali ini bersama beberapa orang jururawat dan seorang jururawat lelaki.  Aku perhatikan saja gerak mereka menyusun kerusi berhampiran sofa tempat ku duduk, tak muat kalau semua nak duduk di sofa.  Perempuan cina tadi duduk di hadapan ku, dan dudukku diapit jururawat.  Aku senyum sahaja, tak tahu nak beri respon lain.
"Sorry, ada sorang saja," kata perempuan cina itu pada jururawat, barangkali dialah kaunselor aku meneka sendiri.
"Sepatutnya ramaike?"tanyaku pada jururawat sebelahku. 
"Sepatutnya pesakit ramai yang kita hantar untuk datang kaunseling, tapi macam nilah, masing-masing bagi alasan tak ada kenderaanlah, tak ada masa, terutama orang melayu kak, cukup susah nak datang kaunseling,"panjang lebar jururawat tu menjawab. Aku angguk tanda faham cuma aku tak faham kenapa orang mengelak dari datang kaunseling, bukan kena bayar kot. Bila nurse sebut 'terutama melayu' aku rasa sedih, kenapa orang kita cepat 'down' bila terima berita-berita macam ni.  Kaunseling tujuan nak membantu memberi pencerahan, mengurangkan tekanan, meningkatkan positif dalam diri, tapi itupun kita tolak, apa lagi yang boleh dibantukan.

Rupanya perempuan cina ni kaunselor mewakili BCWA (Breast Cancer Welfare Association),  dia sendiri adalah pesakit breast cancer dan dua belas tahun! Kagumnya aku bila aku tengok dia sihat tanpa ambil sebarang ubat-ubat sampingan melainkan vitamin untuk kesihatan serta menjalani hidup sihat.  
aku curi-curi ambil gambar ni, sebab dia tak mahu hehe...
 Tiba giliran aku pula bercerita dari a-z, semua melopong mendengar, last-last aku yang banyak cakap, entah siapa kaunseling siapa huhu.  Nurse-nurse yang datang dari bahagian onkologi sibuk bertanya aku itu dan ini, kata mereka aku tak nampak macam sakit.  Aku cuma mampu cakap selagi kita boleh kelihatan sihat apasalahnya kita hidup seperti biasa, dan aku sendiri tak suka dilihat seperti orang sakit!
ini span untuk diletakkan pada 'bra' bila dah tak ada... aku dapat satu as a gift :)
 Selesai mengisi borang dan sessi kaunseling yang berlansung hampir satu jam, banyak info yang aku dapat mengenai rawatan-rawatan lanjutan selepas pembedahan seperti kimoterapi (chemoteraphy), radioterapi (radioteraphy), senaman-senaman selepas pembedahan dari bahagian fisioterapi (Physiotherapy) dan semangat serta nasihat yang diberi oleh kaunselor dan jururawat.



Sempat aku berselfie dengan jururuwat2 :)

suasana dalam bilik kaunseling

beg yang aku terima dari kaunselor mengandungi bola senaman, risalah-risalah tentang kanser



Hari lainnya, aku buat beberapa persediaan sebelum menjalani pembedahan.  Kata kaunselor tak semua pesakit perlu menjalani kimoterapi dan radioterapi, dan dia sendiri hanya menjalani radioterapi, dan kesemuanya berkemungkinan, begantung kepada kondisi badan pesakit dan stage yang dihidapi.  Kesan-kesan juga tak sama kata kaunselor, kesan kimo menyebabkan rambut luruh, dan beberapa kesan lain yang harus aku bersedia menghadapinya.

Ekoran selepas sessi kaunseling aku mengambil keputusan memotong rambut pendek, yelah, kalau rambut luruh tak perlulah teruk menjaganya. Selepas mendapat izin suami aku ke salon kenalan yang selalu aku kunjungi, berteman anak bongsuku.

aku yang nak potong rambut, Qistina anak bongsuku tumpang sekaki, seronok dia dapat memanjakan diri, hilang resah di hati bila lihat anak tersenyum...

Persediaan-persediaan begini adalah satu langkah positifkan diri selain terapi diri.  Aku sedikitpun tidak rasa risau tentang hari pembedahan yang bakal aku tempuhi.  Syukur ke hadrat Ilahi, ku punya suami yang cukup memahami, mengambil berat, sabar dan mengerti apa yang aku lalui.

 photo http___signaturesmylivesignaturecom_54492_97_5642743023901FB550C2EFEF9A854240_zpse206ed4d.png

Friday, 11 April 2014

Wake up!! Be Positive...Life must go On!!

Tika malam... mataku tak mampu lelap lagi, lalu butang kekunci laptopku ditekan. Ikon google ditekan, Breast Cancer di search. Tak banyak cerita pasal breast cancer dalam web melayu, satu dua cerita dan selebihnya menjual ubat-ubatan berbagai jenis. Aku bukan mencari ubat tapi aku mencari kekuatan, mencari dorongan dan panduan, untuk membina keyakinan serta untuk menanamkan semangat.

Tapi banyaknya blog-blog mat salleh yang aku dapat info, yang lebih menceritakan pengalaman mereka yang boleh dikongsi bersama, panduan-panduan dalam menjalani hidup yang sihat dan bagaimana hendak menanamkan sikap yang positif dalam diri.

Aku jumpa satu web ni, tapi bila aku search balik sekarang dah lupa apa addressnya, silap pulak tak 'bookmark' hari tu, banyak info aku dapat dan bagaimana pesakit-pesakit muda menerima penyakit yang didiagnose dan bagaimana diorang meneruskan cara hidup.  Dan dari situ aku cuba serba sedikit amalkan apa yang aku baca, aku ceduk dari pembacaan itu dan aku sesuaikan dengan diri aku.  Bagi ku setiap yang berlaku pada diri ini, hanya badan dan akal kita sendiri yang tahu untuk kebaikan diri sendiri.

Entah pukul berapa aku berjaga aku tak pasti, selesai menelek blog-blog di skrin laptop, aku tak lupa mengahadap yang Esa.  Tempat paling teratas untuk kita mengadu, memohon dan meratap.  Menangis sepuas hati, memohon keampunan, meminta kekuatan, aku pasti, andai aku diuji atas kafarah dosaku maka akan kuperbaiki diri ini ke arah yang lebih baik.  Allah hanya menjentik aku, menyedarkan aku, kerana ujian ini tidaklah seseksa mereka-mereka yang terlantar sakit, mereka yang keperitan hidup tapi ujian yang aku terima mampu lagi aku lawan Insyaallah.  

Dan andai aku diuji atas sayangnya Allah kepadaku, kerana aku antara insan yang terpilih dalam menerima ujian ini, mampu menerima dan menjadi contoh kepada mereka yang lain, maka akan aku teruskan perjuangan, berkongsi pengalaman dari masa ke semasa dengan info yang baik.

Keesokan paginya, perkara pertama yang aku lakukan me'ngelearkan' peti sejuk, hasil bacaanku! Aku buang semua makana-makanan lama, yang kurang sihat, makanan yang lebih dari tiga hari.  Bukan tak amalkan cara hidup sihat sebelum ni tapi amalan ini akan diamalkan dengan lebih baik.  Pasti pemakanan juga harus dijaga.  Kalau tanya orang pasti kena pantang itu dan ini, kalau tanya doktor pasti boleh makan apa saja, so aku tanya diri aku sendiri, kalau ia sesuai dengan badan aku pasti aku makan, tengok 'condition' badan sendiri, sebab setiap makan ada khasiat dan zatnya juga.

Aku juga terima banyak pesanan dari rakan-rakan whassap dengan surah-surah yang boleh diamalkan serta beberapa pemakan bijirin yang sesuai untuk mencegah kanser yang telah aku amalkan.  Sempat ber'hangout' dengan schoolmate untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita, kebetulan kawanku ada menanam pokok daun belalai gajah yang aku baca mengandungi vitamin B17 baik untuk mencegah kanser. Alhamdulillah... aku rasa perjalananku sangat mudah.

Thanks my dear friends K Njang n Dikyah, our meeting is great!
Pokok Daun Belalai Gajah pemberian Dikyah yang aku tanam sekarang dah rimbun
Antara lain bijirin-bijirin yang baik untuk kanser ialah:
- Biji aprikot (aku amalkan 7 biji sehari - yang pahit tulah yang ada B17 - katanyalah)
- Durian belanda - buat jus
- Daun belalai gajah (aku buat minum atau masak atau buat ulam)
- Propolis
- Biji Avocado (pahit!! Tuhan saja yang tahu dan aku hiris halus2 makan dengan salad)
- Air zam-zam (air yang tiada tolok bandingnya)

Dan ini amalan surah-surah yang aku amalkan, nak kata selalu tak juga, ikut sempat, cuma setiap kali baca akan aku hembuskan pada air untuk diminum dan disapu pada badan dan tempat sakit, anak-anak juga aku tak halang untuk minum sebab ia air penawar.

maaf kurang clear sangat, nanti aku type lain cantik-cantik, yang ni koleksi yang aku simpan untuk rujukan dalam handphone je, tiap kali nak baca aku rujuk balik stepnya.... thanks sahabat yang bagi panduan-panduan ni!


 photo http___signaturesmylivesignaturecom_54492_97_5642743023901FB550C2EFEF9A854240_zpse206ed4d.png