Saturday, 17 May 2014

A Shoulder To Cry On...

Assalamualaikum.... bz betul saya dua tiga minggu ni, serabut kepala otak memikirkan macam-macam ragam manusia yang banyak mementing diri sendiri.  Terperam cerita saya untuk beberapa minggu... so.. selamat membaca..
__________________________________________________________________

Masa berlalu begitu cepat aku rasa.  Pejam celik pejam celik sudah hampir tiga minggu selepas aku dimaklumkan tentang penyakitku.  Dalam masa tiga minggu juga aku tak putus muhasabah diri, bukan aku tak pernah muhasabah, tak bangun malam, tak beramal tetapi barangkali perbuatan atau amalanku sebelum ini tak cukup kuat, tak cukup penghayatan!

Masih segar diingatanku kata-kata dan pesanan salah seorang kakak iparku yang datang melawatku sejurus mendapat berita tentang aku.  Sememangnya aku sengaja tidak mahu sebarkan tentang diriku sebab aku tak mahu dikasihani, aku tak mahu dilihat sedih dan aku juga tak mahu dilihat sakit!

Malah aku sendiri tidak benarkan ibu di kampung datang ke rumahku.  Aku tahu sudah pasti dia susah hati dengan keadaanku.  Tapi aku tak sanggup dan tak mahu lihat wajah tua yang sugul yang pasti risaukan aku.  Malah ibu pasti memikirkan perkara yang bukan-bukan, perkara yang kurang mereka fahami, cerita yang mereka sendiri kurang pasti kesahihannya disebarkan.

  "Kita sebarkan keadaan diri kita bukan niat untuk dikasihani, tetapi beritahulah mereka yang lain, sekurang-kurangnya mereka berdoa untuk kita.  Bayangkan sepuluh orang tahu dan sepuluh orang akan berdoa untuk kita!" kata-kata kakak iparku yang ku panggil Ateh, masih segar hingga kini bila aku beritahu tak mahu orang lain tahu, sebab aku rimas bila orang sedih, nanti aku juga jadi sedih, aku juga rimas bila orang cadangkan ubat itu dan ini, padahal niat mereka ingin membantu, sebab aku jenis susah nak percaya ubat-ubatan.

   "Terimalah ujian ini dengan redho dan positif," sambung Ateh lagi. aku sekadar anggukkan kepala.
   "Yelah Ateh, Nanie percaya ujian ini juga adalah kaffarah atas dosa-dosa yang telah Nanie lakukan sebelum ini, moga Allah memberi balasan yang setimpal," ujarku jujur.

   "Eh, jangan cakap macam tu, adakalanya juga ujian yang Allah beri itu adalah kerana kita yang terpilih, kita layak dengan ujianNya.  Allah pilih Nanie sebab Nanie mampu mengahrunginya, jadi contoh kepada orang lain.  Setiap orang ujian yang dilalui berbeza, dan Allah pilih seseorang itu atas kelayakan mereka dan Allah pasti sayangkan hambaNya.  Contohnya Rasulullah sendiri, kekasih Allah, sudah tentu ma'sum, kekasih Allah, tetapi sentiasa diberi ujian oleh Allah, sebab? Sebab Baginda layak, mampu dan menjadi contoh kepada umatnya," panjang lebar Ateh memberi nasihat dan kata-kata semangat, aku rasa tenang, rasa seperti bangkit semula, semakin bersemangat untuk mengharungi hidup ini.  Di hatiku bersyukur kerana sentiasa dikelilingi oleh insan-insan yang menyayangi diriku.

---------------------------------------------------
09hb Mei 2013

Tarikh yang pasti akan aku sematkan dalam ingatanku sampai akhir hayat.  Sehari sebelum aku 'check in' di hospital, aku.. seperti hari-hari sebelumnya, tidak sedikitpun ada rasa gentar.  Bertalu-talu menerima ucapan dan pesanan pihak 'penaja' dari whatsapp group (ada 3 group je yang aku ceritakan tentang aku, group kawan kerja dan belajar, group sekolah menengah dan group kolej) yang aku ada, tak ketinggalan juga 'phone call' dan individu.  Aku sendiri buntu apa persediaan untuk aku lakukan sebab aku tak pernah masuk ward melainkan sebab bersalin dan demam denggi dua tahun lepas hehe.

Sebelah petangnya aku lihat suami ku sibuk mengemas ruang tamu dan aku tak rasa luarbiasa sebab suamiku memang rajin orangnya dan akupun tak rasa nak tolong sebab dia juga biasa buat kerja sendiri.  Aku rancang untuk ajak suami makan diluar sahaja malam ni sebab malas rasanya nak pegang periuk belanga, walau hakikatnya bukan tiap-tiap haripun aku pegang, tapi hari ni rasanya teringin sangat nak makan 'besar' sikit sebelum esok dan 'for sure' sebelum hari raya Haji dan tak dapat beraya dengan anak-anak.

"Tengoklah," jawapan skema yang selalu encik suamiku jawab dan aku faham sangat, ia bermaksud kalau diizinkan ok kalau tak diizinkan tak perlulah.

Lewat petang ipar duaiku datang bersama anak-anaknya, pasti datang melawat ku sebelum aku ke hospital esok.  Tapi berlama pulak dia, sebab jarang dia dapat berlama-lama, tambahan esok hari kerja.  Hampir maghrib tiba dua orang lagi kakak iparku bersama anak saudara serta membawa bungkusan makanan.  Hmmm... aku sudah mengesyaki 'sesuatu'.  Diaorang memang suka buat-buat 'surprise' dan rasanya diaorang nak surprisekan aku.  Waktu maghrib kakak iparku yang lain pula tiba dengan anaknya, dan juga dengan makanan.  Rumahku mula meriah dengan adik-beradik sebelah suami yang kebanyakan duduk di Ampang.  Tak lama kemudian muncul seorang lagi kakak iparku, kakak suamiku yang sulong bersama anak-anaknya dan juga makanan. Oowh... pakatan ahli mesyuarat tingkap rupanya, patutlah suamiku siap mengemas, rupanya diapun dah tahu.  Suamiku punya 13 orang adik beradik dan aku menantu yang ke 13.

"Oooo... berpakat tak bagi tahu, patutle Mohsin relax je bila ajak makan kat luar.."
"Alaaa... last minutepun, tiba-tiba je dapat idea, call semua... semuapun ok," kak Rahimi menjawab, aku tahu dialah mastermindnya... sebab dia yang selalu suka buat plan-plan mengejut.




Rupa-rupanya memang ia dirancang.  Sebabtu masing-masing datang bawa makan, yang bestnya ada theme color.. PINK!  Usai semua solat maghrib, masing-masing mengambil tempat.  Aku masih 'blur' lagi sebenarnya.  Aku ingat kehadiran meraka untuk makan-makan je, hmm seronok pulak nak hantar aku masuk wad esok ye... tapi rupanya tekaan aku meleset bila masing-masing mengambil tempat dan suasana mulai senyap.

"Assalamualaikum... terima kasih kerana datang, Insyaallah kita akan baca Yaasin untuk Cik Nanie yang akan menjalani pembedahan, semoga ia berjalan lancar......"Ariff anak buah suamiku memulakan majlis.

Baru ku tahu tujuan asal mereka. Suamiku kemudiannya mengepalai majlis bacaan Yaasin.  Aku yang duduk di belakang sekali semakin menunduk sambil membaca.  Mata ku kian kabur dek air mata yang mula bergenang.  Ya Allah...terharunya saat ini, saat aku tak tahu apa yang mahu digambarkan dan saat ini sokongan datang dan ianya sangat menenangkan.





Dan Penghujungnya doa dibaca oleh suamiku dan diaminkan. Alhamdulillah.  Saat itu aku berlari ke dapur.  Sedih dan sangat sedih, air mataku tak dapat dibendung lagi dan laju mengalir. Tuhan sahaja yang tahu betapa bersyukurnya aku saat ini, punya saudara yang kuat menyokongku.  Sungguh! Aku sangat terharu... aku kesat pipi kiri dan kanan, air mata mengalir lagi... pipiku basah lagi. Tersentuh sungguh saat ini, terfikir aku bagaimana mereka yang tidak dapat sokongan sepeti aku?? Ya Allah .. bertuahnya aku saat ini.

"Cik Nanie, nak bawa pinggan mana ke depan?" Suara Umm anak saudara suamiku menghentikan kesedihan aku.  Lantas cepat-cepat kukesatkan air mata,harap-harap dia tak perasan aku menangis, cepat-cepat juga aku capai pinggan.



Wah.. meriah sungguh makanan sampai penuh meja.  Sambil makan banyaklah topik dibincangkan, biasalah kalau dah dapat berjumpa.

"Kamu jangan risau Sin, anak kamu adalah yang menjaga nanti.." kak Mi bersuara
"Kak Yahpun boleh tengok," masing-masing memberi sokongan kepada aku dan suami.

Tett..tett.. whatsapp ku berbunyi,,
'Mana gambar!!'
'Nak tengok..!'
'Nak juga!! Sedapnya!'
'Sure meriah..'
'kami doa dari jauh..'
Aku senyum...

'Ya Allah... Aku bersyukur padamu atas peluang dan ujian yang kauberikan padaku, kau berilah kekuatan untuk aku terus tabah dan cekal menghadapinya, moga aku boleh menjadi contoh kepada insan yang lain...Aminnn... ' doaku di kala tahajjud....


 photo http___signaturesmylivesignaturecom_54492_97_5642743023901FB550C2EFEF9A854240_zpse206ed4d.png