Tuesday, 18 March 2014

Tuhan....Kau Tabahkan Hati Ini....

24 September 2013:


“Puan Hanani ye....” Tanya Miss Aina sambil matanya terus merenung helaian kertas di hadapan

“ya.. “ jawabku sepatah, sambil membetulkan dudukku seusai sahaja turun dari katil rawatan selepas dirawat oleh Miss Aina yang merupakan pakar klinik Breast Cancer di HKL.

“Last week awak jumpa doctor Zunita is it? Saya tak ada last week, sorry lah, ada meeting” dia kelihatan tenang, dan pasti aku juga setenang dia.

“its ok” jawab ku ringkas.

“Last week you buat ultrasound dan terus buat biopsy ye,” dia seolah mendapatkan kepastian yang sudah pasti tercatat di rekodku itu. Dan aku hanya mengangguk tanda mengiayakannya.

“You datang seorang atau ada husband you kat luar?” soalnya lagi, dalam hati ku pasti dia sudah bersedia untuk memberi keputusan biopsy yang dibuat minggu lalu.

“Saya datang seorang, husband jaga anak dekat rumah, its ok… saya boleh dengar,” dalam hati mesti kena ada encik suami juga ke untuk tahu keputusan, kebiasaannya orang datang dengan suami?

“Puan Nanie, awak tak kisah saya beritahu sekarang atau you nak husband you ada sekali?” Tanya Miss Aina tenang, soalannya yang sebegitu seolah-olah aku sudah boleh scan apa yang bakal dikatanya nanti.

“Result you ialah cancer positif…. Stage two,”luahnya ringkas. Yelah. Takkan doctor nak buat wajah terkejut kot.

“oh… ok,” jawabku sambil menganggukkan kepala, tak tahu apa riaksi paling sesuai untuk ku lakukan, menangis? Oh tidak sama sekali! Aku harus tenang, relax dan dengar apa yang bakal dinasihatkan Doktor.

“Saya memberi pandangan dan nasihat saya, ikut lah rawatan hospital, tapi saya tak boleh paksa you sebab itu hak you, kalau you rasa rawatan tradisional atau alternative lain lebih elok, tapi saya memang nasihatkan you buatlah rawatan modern”

“Saya tak kisah, apa yang doktor kata itu yang terbaik untuk saya, saya ikut, so.. apa yang tindakan lepas ni?’

“Berdasarkan saiz lump you dan 3inc, kita kena remove all your breast.  Normally we can remove the lump only, but your size is small, so tisu di situ tak banyak, kalau tak buang semua kita takut sell kanser akan merebak ke organ lain,” jelas Miss Aina detail

Alright… but when?” aku mengangguk faham dan masih tenang.

As soon as we can, let me check the schedule,” terus Miss Aina membuka buku tugasan surgicalnya, akupun tumpang lihat sekali, memang penuh, hari-hari Miss Aini ini membedah orang rupanya, tanggungjawab yang besar menyelamatkan nyawa manusia, sungguh besar khidmat yang dihulurkan.  Akhirnya ada ruang kosong dicelah-celah tugasannya, seperti sudah bertanda tetapi dipotong, lalu Miss Aina mencatatkan sesuatu, tarikhnya dua minggu lagi.

“Kita tak boleh biar lama, saya akan buatkan surat untuk you terus berjumpa dengan pakar bius, petang ni boleh? You kerja sendirikan? I’m sure this date 11 October 2013, so 10hb you dah kena register, if boleh di awalkan lagi kita akan call you, dan saya akan pastikan bukan bulan November” ulasnya panjang lebar.

Aku ikut sahaja, sekejap angguk, sekejap diam tak berkutik, sekejap kepala menjengah sedikit melihat apa yang dicatatkan Miss Aina.  Lalu aku diminta menunggu di luar sementara menunggu dipanggil untuk berjumpa pakar bius.

“Puan Nanie kalau nak makan dulu pun boleh sebab sekarang baru pukul 12, dan datang balik dalam pukul 2pm, nanti staff di kaunter hadapan akan panggil ya” terang nurse yang membantu Miss Aina.  Sebelum itu dia sempat berpesan supaya aku pergi kaunseling pada hari khamis di tingkat tiga bangunan wad, untuk berjumpa kaunselor. 

Aku keluar sejurus mengucapkan terima kasih dan memberi salam.  Pintu dikuak, langkah longlai menuju tempat menunggu.  Aku mengambil tempat di hujung sudut yang kebetulan lapang dan hospital baru ini memang menempatkan kerusi yang banyak dan selesa.

Malabuhkan punggungku di atas kerusi betul-betul bersebelahan tingkap besar yang tampak jelas bangunan usang di Jalan Pahang berhadapan Hospital, lantas aku keluarkan iphone ku dan nama My Love Hubby ditekan.

  “Assalamualaikum..” suara di hujung talian
  “Waalaikumussalam…abang, nanie dah tahu result” aku memendam rasa
   “Macamana?”
   “Nanie positif kanser, kena buang habis, abang ok ke?”
   “Takpela, ikutje cakap doctor” ujar suami ku tenang.
  “Petang ni kena jumpa pakar bius, so Nanie tunggu sini teruslah, abang boleh datang, tinggal budak-budak tu dekat kedailah” teringat anak-anakku Shahmi dan Tina bersama suami boleh ditinggalkan bersama staff kami di kedai.



Sebaik panggilan dimatikan, mataku terus memandang keluar jalan, entah hilang ke mana semangat tadi akupun tak pasti, hati terus menangis, mata mula kabur. Aku lepaskan semua yang berbuku, saat ini hati beristighfar, Ya Tuhan Ya Rob, Engkaulah yang Maha Mengetahui atas perancangan Kau yang hebat ini.  Aku tak boleh menahan air mata yang turun laju, sungguh! Hati ini sangat sedih ketika ini, tercari-cari jawapan mengapa aku yang dipilih? Mata tunduk memandang artikel-artikel yang baru diberi doctor, hati terus menerawang mencari jalan keluar, dada terasa sempit, kolam air mataku sudah pecah, air mata turun laju, aku biar, menjerit sekuat dalam hati. Nasib baiklah ruang yang aku duduk agak jauh dari kedudukan orang lain, lalu kubiar air mata ini laju turun, turun sepuas-puasnya. Lalu aku bangun melihat luar tingkap yang luas, jalan yang sentiasa sibuk sedari pagi lagi.  Hati rasa sedikit tenang, lalu air mata dikesat perlahan.  Memastikan wajah tidak memerah lalu ku langkah menuju ke kafe hospital, perut minta diisi.

Setiba di kafeteria, dari tingkat bawah ke tingkat 1, dari 1 stall ke 1 stall, semua menu tak menarik perhatianku.  Lalu ku oder passembor dan fresh orange, mencari sudut yang agak selesa, lalu iphone di tekan nombor telefon kakakku di kampung.
             " Kak, nanie kat hospital ni," aku memulakan perbualan.
             " Hah, macamana keputusan?" dia terus menyoal, risau bunyi suaranya.
           "Nanie positif kanser......," aku tak mampu meneruskan kata-kata, sebaknya ya Allah.  Air mata mula menitis tanpa dipinta. Aku pandang ke bawah, segan nanti dilihat pelanggan-pelanggan kafeteria.
            "Ya Allah, banyak bersabo ye, ujian Allah semua tu, tak apa, kita usaha selagi boleh, hang jangan risau sangat, apa-apa bagitau kak, kita berdoalah selalu,"ujar kakak ku tenang, aku tahu dia sangat risau. Aku tak teruskan perbualan lagi, suara tersekat-sekat menahan sendu.  Cuba menahan dari terus menangis tapi aku tak mampu, lalu ku biarkan air mata mengalir, lapang sedikit dada.

Pada teman group whatssap ku beritahu.  Masing-masing mengucap takziah dah menyuruh aku tabah serta memberi kata-kata semangat.  Siap dengan icon-icon emoji sedih, sayu dan terkejut.  Cuma pesanku pada mereka, tolong jangan buat ucapan-ucapan sedih tapi doakan untukku sebab aku perlu posoitif, so.. kawan-kawan ku mengerti. Silap aku tak save awal-awal sebab tak sangka pula whatssap ku didelete anak sendiri, Lansung tiada bukti hehe. Terima kasih temannnn!! Love you all forever!

Selesai lunch, actually tak makan pun, passembor yang ku order tadi, ku sentuh sedikit sahaja, tak lalu sungguh, lidah tak rasa apa, fresh orange sahaja aku teguk itu pun hanya separuh gelas sahaja.  Sudah tak mampu menghabiskannya, aku terus bergerak ke klinik pembedahan am sementara menanti suami tiba.  Tidak lama kemudian telefon berbunyi lagi, owh rakan bisnessku menelefon rupanya.  "Akak dekat hospital ni Yong," aku memberitahu.
                "Akak macamana? Dah tahu result ke?" dia ingin tahu.
              "Akak positive and diagnosed breast cancer, but its ok, I'm fine," aku menahan sebak, tapi tak mampu.
               "Tak pe akak, akak kena kuat, pedulikan kata orang...InsyaAllah akak boleh lawan! Ramaije yang kena cancer tapi boleh survive, dah sihat!" dia memberi semangat pada ku, dan sesungguhnya aku tak mampu untuk berkata-kata. Sejurus mengucapkan terima kasih aku minta talian diputuskan sebab sesungguhnya aku tak mampu berkata-kata lagi, hanya Tuhan sahaja yang tahu.  Dan saat ini aku sedar ramaiya yang menyayangi dan mengambil berat diri ini.

Suami ku sampai tak lama selepas itu,  usai bersalaman, kami banyak membisu, aku tak mampu bersuara, air mata sentiasa bertakung dan bergenang, jika bersuara pasti mengalir.  Suamiku seolah mengerti, lalu artikel-artikel yang diberi doktor tadi dibacanya.

Tak lama selepas itu namaku dipanggil, lalu kami di bawa ke tingkat 8, untuk bertemu pakar bius.  Diambil timbangan berat badan, darah dan juga mendapat sedikit khidmat nasihat dari doktor bius. Proses berlaku begitu cepat.  Dalam masa dua minggu lagi aku perlu datang, dan buatkan xray sebelum mendaftar memasuki wad.

Selesai, kami pulang ke rumah, suami ku amat memahami, Alhamdulillah.  Setiba dirumah aku terus tidur, mujurlah dah solat awal-awal lagi di surau hospital. Tidur dapat menenangkan hati yang luluh ini.  Namun tak dapat nak nyenyakpun apabila panggilan demi panggilan dari saudara yang sudah mula mencium berita ini ku layan juga.

                  "Abang, nanti dah tak ada sebelahni, dah kurang dah, abang masih bersama Nanie ke?"
               "Masih, kurang satu yang lain tetap ada, tak ada kurangnya...." owh Allah...syukurnya... sob-sob :(
Sedikit info yang saya dapat dari pakcik google:
rupa bentuk breast cancer  dari stage 1 hinggalah  last stage

 photo http___signaturesmylivesignaturecom_54492_97_5642743023901FB550C2EFEF9A854240_zpse206ed4d.png

Saturday, 15 March 2014

Feeling HOPE....

Hari yang dinanti, aku keluar rumah seawal 7.30 pagi, berpusu-pusu bersama mereka yang ingin ke tempat kerja.  Nasib suami yang menghantar, kalau tak mana nak park kereta lagi, faham-faham jelah HKL yang sentiasa sibuk.  Aku selesa pergi seorang, senang bergerak, lagipun kanak-kanak tak digalakkan di kawasan hospital, biar suami yang jaga di rumah.

Sampai sahaja di hospital (bangunan baru) terus sahaja aku melapor diri bahagian pembedahan Am tingkat 3. Ramai jangan cakaplah, nasib baik hospital baru, selesa dan beraircon, jadi keadaan seperti di hospital private.  

Selesai semua urusan pendaftaran yang aku kena bayar RM5, sebab aku bekerja sendiri dan tak lama kemudia nama ku dipanggil.  Rupanya bukan Doktor Aina, khabarnya doktor Aina ada meeting, so diganti rakannya.  Turut berada di situ doktor praktikal.  Sempat aku bercerita sedikit sebanyak tentang aku, sambil doktor terus bertanya itu dan ini, doktor praktikal pun ambil kesempatan tanya aku itu dan ini, dan aku tak lokekpun nak berkongsi dengan mereka, yelah mereka tengah belajar, dan nampak seronok sangat bila aku beri kerjasama.  Bila tiba waktu pemeriksaan, aku benarkan salah seorang sahaja ikut, sebab seorang lagi lelaki, aku malu, nasib baik dia faham. 

Aku rasa sangat bernasib baik bila doktor berusaha mencari tarikh yang terdekat untuk aku buat ultrasound. Sekejap ke kiri dan ke kanan bilik dia cuba untuk mendapatkan tarikh dan aku memang bertuah bila dia berjaya mendapatkan tarikh pada hari ini juga.  Sudah mendapat tandatangan dan surat rujukan lalu aku diminta ke bangunan lama untuk membuat ujian ultrasound. Jam pukul 2 petang, elok lepas lunch hour, dan aku sempat makan makan pun di kafeteria tadi.

Lebih kurangle suasana bilik ultrasound kat HKL

Sejurus selepas nama di panggil, aku terus dibawa ke bilik ultrasound, salin pakaian yang disediakan dan terus baring di katil sebelah mesin ultrasound sementara menunggu doktor yang bertugas.  Ultrasound tak menakutkan pun, cuma macam scan macam nak tengok baby, ya.. lump tersebut panjang dalam 3inci dan di bahagian ketiak kelihatan agak banyak.  Aku sibuk bertanya ingin tahu, yelah, gambar di screen monitor bukannya jelas, terteleng-teleng kepala aku lihat cuba untuk memahami. 

Ultrasound selesai tapi aku diminta menunggu lagi, tunggu doktor datang beritahu pegawai perubatan yang bertugas, barangkali MO, dan juga dua orang nurse membantu.
“Akak, kita tunggu doktor kejap ye,” beritahunya.  Aku mengangguk setuju, sambil berbaring kepala ligat memikir apa yang berlaku.  Sejuk bilik buat aku makin menggeletar, nasib ada selimut.

Tak lama kemudian, doktor datang, lalu melihat bacaan di skrin monitor.
“Puan, puan datang seorang ke? Balik macamana?” tanya doktor
“Oh, selesai husband saya datang ambil,”
“Saya tengok lump puan agak besar, so saya ingat kita buat biopsy terus boleh?” Doktor berbasa-basi.  Aku angguk je, cepat buat, cepat tahu, cepat urusan semua, kata hati ku.

Sebaik sahaja aku setuju, segala persiapan untuk biopsy terus disediakan oleh nurse dan MO.  Wah macam nak buat pembedahan pulak rasanya.  Biopsy ialah proses mengambil sampel tisu, seingat aku dulu, menggunakan shrink yang besar dan jarum sepanjang 3 inci, dan bila disuntik pada bahagian lump, picagari tersebut perlu digoyangkan perlahan-lahan agar tisu lump tersebut melekat pada jarum, dan sebanyak tiga suntikan diambil.

biopsy needle yang diguna... lebih kurang macam ni le (ambil kat pakcik google)

Kedudukan sample tisu diambil... (ini prostate biopsy)

Tetapi 10 tahun berlalu dan peralatan biopsy juga berubah.  Alatnya sudah canggih seperti alat pap smear gitu.  Aku tak tahu nak sebut apa, lupa pulak nak tanya doktor.  Namun proses tetap sama, dicucuk bahagian lump, dan sedutan sample dibuat, dengan sekali petik.  sakit?  Sakit bila suntikan yang ke empat ke atas.  Sebenar satu sample satu suntikan, dan enam kali suntikan dibuat, selapas enam suntikan, doktor meminta izinku untuk membuat dua lagi suntikan.  Ya Allah, Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya, apabila ubat biuspun dah semakin kurang, nurse pula kelam kabut mengelap darah yang keluar.  Aku yang jenis tahan sakit dan tidak takut pada jarum, akui biopsy memang sakit, tetapi bahagian sebelah lagi tak sakit pulak, mungkin sebab lump tersebut keras dan ia menyakitkan.

Selesai sample diambil, aku terus dibenarkan pulang.  Tetapi aku tak mampu bangun, kepala pening, pandangan berpinar rasanya, terus aku beritahu nurse, lalu aku diberi paracatemol dan berehat sekejap dan apabila rasa keadaan stabil, terus aku tukar baju dan berjalan keluar bilik.  Nasiblah nurse memimpin aku keluar, memang rasa terhoyong hayang lagi, sementara suami sampai, aku duduk dahulu di ruang menunggu.  Hebat juga penangan biopsy kali ini, darah yang keluar begitu banyak sekali dan barangkali ia buat aku rasa pening, dalam tiga hari juga bahagian suntikan tidak dibenarkan dibuka, kerana lubang yang agak besar, sempat aku mengintai tadi.  Sampai di rumah, terus sahaja aku tidur, merehatkan diri, bangun nanti pasti sudah tak pening lagi.
 photo http___signaturesmylivesignaturecom_54492_97_5642743023901FB550C2EFEF9A854240_zpse206ed4d.png

Friday, 14 March 2014

Believe Ourself.... Percaya Kata Hati



July 2013,

Sebenarnya aku sendiri dah rasa pelik dengan ketulan yang luar biasa yang muncul di 'boob' aku.  Tapi biasalah kita kan suka menyedapkan hati, berfikiran positif,  maka untuk menyedapkan hati ini aku bertanya mereka-mereka yang rapat denganku apakah symptom-symptom biasa untuk PMS.  Aku jarang terima isyarat-isyarat PMS seperti sakit belakang, period pain, bengkak susu,  emotional melainkan dahaga dua tiga hari sebelum. 

Oh, mungkin juga hormon kita berubah tatkala usia kita makin menginjak ke angka 40's.  Ketulan yang muncul tiba-tiba berkurangan apabila period aku datang, ya... memang sah itu symptom period. Lega hati ini, namun jauh di sudut hati masih rasa sangsi.

Ogos 2013,

Tika ini aku makin risau.  Lump di 'boob' aku rasa semakin mengeras.  Aku punya anak sedara yang bergelar doktor namun setiap kali bertemu mulut sering terkunci.  Inilah masalah sesetengah kita yang takut hendak bertanya apatah lagi perkara yang memungkinkan negatif jawapannya.  Masih berdiam diri, namun hari-hari pasti aku akan rasa perubahan yang berlaku.

Peliknya ketulan kali ini bukannya bulat tetapi seperti sekeping yang agak panjang dan ia memamg keras.  Cuba bayangkan saat adik-adik atau anak-anak perempuan kita, yelah kita dulupun kan...di awal-awal mumayyiz, ketulan seperti itu muncul di boob masing-masing, dan itulah yang berlaku.  Dan, aku mula pasti bahawa ia bukanlah kelenjar biasa yang muncul apatah lagi di bawah ketiak juga mula terasa beberapa ketulan muncul.

Guys... kalau rasa di boob, dan di bawah ketiak juga ada ketulan, pastikan anda segera berjumpa doktor ya! Lump di ketiak sebenarnya memberitahu kita ada sakit.  Ogos raya Aidilfitri, maka aku tangguhkan lagi untuk bertemu doktor, nak seronok-seronok dulu beraya lepas tu baru nak fikir diri sendiri.



September 2013,

Lepas raya baru aku ambil keputusan berjumpa doktor.  Aku set temujanji dengan seorang pakar radioterapi di Pusat Perubatan Al Islam, Kampung Baru.  Doktor Zabedah, pakar radioterapi HKL, dan setiap hujung minggu beliau akan bertugas di Pusat Perubatan Al Islam.
         "Bagaimana doktor?" tanyaku, dalam hati suspend sungguh, Allah sahaja yang tahu.  Melihat wajahnya yang sekejap tenang, sekejap berkerut sudah cukup menceritakan aku bakal yang patut dengar.
         "Pelik awak punya lump ni ye...", Dr Zabedah memulakan bicara.
         "Biasanya lump bulat tapi ini panjang, dalam 3cm juga" kata sambil melukis bentuk lump di atas kertas contengannya.
         "Itulah yang saya tak pasti tu, keras macam kanser ke Doc?" tanya aku 
         "Better buat rawatan lanjutlah ye, awak nak buat dekat mana? Saya boleh buat refer letter terus," 
         "Boleh saya nak minta doktor refer ke Doktor Aina? Dia masih di HKL ke? Sebab saya rasa selesa dengan dialah,"pintaku, mencuba nasib.
         "Insyaallah boleh, Dr Aina sekarang masih di HKL, ohyelah.. awak dulu patient diakan,"kata-katanya membuat hatiku cukup lega.
         "Kalau macam tu awak jangan risau, saya akan buatkan refer letter dan setkan appointment dengan Dr Aina nanti, siap pembantu saya akan call awak, datang ambil surat dan dan bawa ke klinik dia nanti," panjang lebar Dr Zabedah meneruskan bicara.  Selesai sahaja aku terus meminta diri,  terus menuju ke kereta, enjin dihidupkan dan kereta terus bergerak meninggalkan perkarangan hospital dengan perasaan ku masih bercampur baur.

Baru kaki melangkah masuk ke dalam rumah tiba-tiba iPhoneku berbunyi, pantas aku menjawab.
           "Assalamualaikum Puaan Hanani, saya dari Pakar Perubatan Al Islam,"ok.. aku mula suspend..
           "Ya saya,"
           "Puan belum buat bayaran hospital tadi, puan dah balikke?" Ya Allah.... malunya aku ketika itu haha.. ingatkan panggilan apa tadi, haila..macamana aku boleh terus balik tanpa selesaikan dulu bil, lupa pulak bukan hospital sendiri hihi. 






 photo http___signaturesmylivesignaturecom_54492_97_5642743023901FB550C2EFEF9A854240_zpse206ed4d.png

Where My Story Begin....

Feel it and Love it!!

Dah macam makan ais krim pulak rasanya... yang pasti aku terbayang kelazatan ais krim Magnum!!
Assalamualaikum teman-teman semua!!

Bagaimana anda bangun pagi ini?  Pernah tak kita berdoa tatkala mata kita terbuka? Bersyukur padaNya kerana masih dipanjangkan usia, doa yang kita pelajari sejak di bangku sekolah lagi yang sering kali kita lupa, begitu juga aku, bukan lupa tetapi seringkali diabaikan sehingga lah saat ini barulah ku amat hargai setiap kali nadi ini berdenyut, mata ini terbuka dan mampu bernafas dengan baik... terima kasih Allah!


Bagaimana mahu aku mulakan bicara dengan cerita ku yang bukan mahu dilihat tragis, tapi menarik untuk dikongsi bersama.  Ya! Itulah tujuan sebenar blog ini dicipta!

Aku kerap merasa dan pastinya aku sayang dia!  Tapi kali ini rasanya agak berlainan.  Pengalaman lebih sepuluh tahun yang lalu buat aku sentiasa berhati-hati takut ia datang kembali.  Dulu pernah aku temuinya di dua bahagian, satunya di 'boob' dan satu lagi di bawah ketiak.  Waktu itu baru sahaja berhenti dari memberi anak sulungku susu badan.  Barangkali saki baki susu yang masih tertinggal membeku, lalu ada ketulan kecil (lump) muncul mengeras, dan 'nipple' sudah memerah dan mengeluarkan sedikit nanah.

Saat itu aku tidak berlengah lagi, lalu ke klinik Dr Wan Julia ketika itu di Taman Putera Cheras.  Dr Wan Julia terus menyarankan aku terus ke hospital, katanya symptom breast cancer memang ada. Dua pakar aku temui di Ampang Puteri sebelum aku berurusan dengan pakar cancer di Hospital Besar Kuala Lumpur.  Alhamdulillah perjalanan segala urusan berjalan degan lancar.  Segala mammograme, ultrasound, biopsy sudah diambil dari minggu ke minggu.  Aku juga diberi steroid, kata doktor untuk reducekan lump tersebut.  Haah, muka pun dah naik sembab ketika itu gara-gara makan steroid!

Peringkat akhirnya cadangan doktor supaya dibuang sahaja lump tersebut di kedua bahagian.  Aku pasti setuju sahaja sebab doktor lagi tahu, lalu minor surgery dibuat di Hospital Putrajaya.  Dan akupun tak warded, selesai operation, sebaik sahaja hilang pening penangan ubat bius lalu aku terus dibenarkan pulang.

Minggu berikutnya aku datang kembali temui doktor seperti yang dijanjikan, bertemu pakar bernama Dr Hamdan, kini telah bergelar datuk, kebetulan rakan suami semasa matriks di ukm dulu..haha what a smal world! dan keputusan makmal memberitahu lump yang dikeluarkan tersebut telah dijangkiti kuman TB.  Peliknya bila TB boleh menyerang jenis aku yang bukan bekerja dengan orang asing atau buruh kasar, aku juga tak batukpun, tapi kalau memang dah tertulis di dalam perancanganNya maka ia pasti berlaku dan yang pastinya satu tahun aku berulang alik ke pusat TB Negara di Jalan pahang untuk rawatan dan setahun makan ubat tb tauu..

Nak muntah mak makan tau... tapi alhamdulillah selepas satu tahun, aku disahkan tb free dan keadaan kembali seperti biasa sehinggalah anak sulungku juga sudah punya tiga adik.

Tapi nak juga aku storykan di sini, sebenarnya dari awal penemuan sehinggalah mendapat rawatan TB aku sebenarnya sangat 'down' di awalnya.  Tuhan sahaja yang tahu betapa luluhnya hati ini tatkala menerima berita aku punya symptom kanser.  Mood nak pergi kerja pun dah tak ada, nasib baiklah kerja kompeni abang ipar so bolehlah excusekan.  Badan yang sihat terus sakit-sakit dek akal mencipta bahawa diri sakit dan seolah-olah hidup tidak lama.

Yah! Masih ingat lagi betapa sugulnya aku ketika itu, mengharapkan sokongan padu dan belas kasihan insan sekeliling.  Padahal aku tak sakit sebenarnya tetapi dek akal yang terlalu berfikiran negatif badan terus menerima isyarat 'sakit dan lemah'.  Apatah lagi saat setiap minggu berulang alik ke pusat TB Negara, melihat pesakit-pesakit TB dari pelabagai posisi di depan mata, aku yang kelihatan cukup sihat dari luaran pun rasa macam nak sakit sama, Nauzubillah.

Tapi... pengalaman lebih 10 tahun lalu cukup memberi aku lembaran baru, kekuatan baru, daya fikir yang baru. Aku banyak belajar dari pengalaman lalu, terima kasih atas peluang ini dan yang pasti hari ini akan aku pastikan setiap yang membaca blog ini akan terima manfaatnya bukan sahaja untuk diri sendiri malah juga sokongan kepada mereka yang tersayang.

Terus menyokong ahkak untuk terus menulis dan anda semua inspirasi ku!!
 photo http___signaturesmylivesignaturecom_54492_97_5642743023901FB550C2EFEF9A854240_zpse206ed4d.png

Wednesday, 5 March 2014

My Dear Friends....Page Still In Progress...

Assalamualaikum.

Tak sabar rasanya nak share cerita aku di sini, namun masa tak mengizinkan.... bak kata orang nak buat baju biar siap jahitnya, di ironnya dulu baru boleh pakai... so aku sudah mula menulis dan bila siap pakai baju kenalah pula tudung yang sesuai, make-up sikit-sikit... let it gonna be perfect!!

Regards  and  Lots of Love!!   
 photo http___signaturesmylivesignaturecom_54492_97_5642743023901FB550C2EFEF9A854240_zpse206ed4d.png