Feel it and Love it!!
Dah macam makan ais krim pulak rasanya... yang pasti aku terbayang kelazatan ais krim Magnum!!
Assalamualaikum teman-teman semua!!
Bagaimana anda bangun pagi ini? Pernah tak kita berdoa tatkala mata kita terbuka? Bersyukur padaNya kerana masih dipanjangkan usia, doa yang kita pelajari sejak di bangku sekolah lagi yang sering kali kita lupa, begitu juga aku, bukan lupa tetapi seringkali diabaikan sehingga lah saat ini barulah ku amat hargai setiap kali nadi ini berdenyut, mata ini terbuka dan mampu bernafas dengan baik... terima kasih Allah!
Bagaimana mahu aku mulakan bicara dengan cerita ku yang bukan mahu dilihat tragis, tapi menarik untuk dikongsi bersama. Ya! Itulah tujuan sebenar blog ini dicipta!
Aku kerap merasa dan pastinya aku sayang dia! Tapi kali ini rasanya agak berlainan. Pengalaman lebih sepuluh tahun yang lalu buat aku sentiasa berhati-hati takut ia datang kembali. Dulu pernah aku temuinya di dua bahagian, satunya di 'boob' dan satu lagi di bawah ketiak. Waktu itu baru sahaja berhenti dari memberi anak sulungku susu badan. Barangkali saki baki susu yang masih tertinggal membeku, lalu ada ketulan kecil (lump) muncul mengeras, dan 'nipple' sudah memerah dan mengeluarkan sedikit nanah.
Saat itu aku tidak berlengah lagi, lalu ke klinik Dr Wan Julia ketika itu di Taman Putera Cheras. Dr Wan Julia terus menyarankan aku terus ke hospital, katanya symptom breast cancer memang ada. Dua pakar aku temui di Ampang Puteri sebelum aku berurusan dengan pakar cancer di Hospital Besar Kuala Lumpur. Alhamdulillah perjalanan segala urusan berjalan degan lancar. Segala mammograme, ultrasound, biopsy sudah diambil dari minggu ke minggu. Aku juga diberi steroid, kata doktor untuk reducekan lump tersebut. Haah, muka pun dah naik sembab ketika itu gara-gara makan steroid!
Peringkat akhirnya cadangan doktor supaya dibuang sahaja lump tersebut di kedua bahagian. Aku pasti setuju sahaja sebab doktor lagi tahu, lalu minor surgery dibuat di Hospital Putrajaya. Dan akupun tak warded, selesai operation, sebaik sahaja hilang pening penangan ubat bius lalu aku terus dibenarkan pulang.
Minggu berikutnya aku datang kembali temui doktor seperti yang dijanjikan, bertemu pakar bernama Dr Hamdan, kini telah bergelar datuk, kebetulan rakan suami semasa matriks di ukm dulu..haha what a smal world! dan keputusan makmal memberitahu lump yang dikeluarkan tersebut telah dijangkiti kuman TB. Peliknya bila TB boleh menyerang jenis aku yang bukan bekerja dengan orang asing atau buruh kasar, aku juga tak batukpun, tapi kalau memang dah tertulis di dalam perancanganNya maka ia pasti berlaku dan yang pastinya satu tahun aku berulang alik ke pusat TB Negara di Jalan pahang untuk rawatan dan setahun makan ubat tb tauu..
Nak muntah mak makan tau... tapi alhamdulillah selepas satu tahun, aku disahkan tb free dan keadaan kembali seperti biasa sehinggalah anak sulungku juga sudah punya tiga adik.
Tapi nak juga aku storykan di sini, sebenarnya dari awal penemuan sehinggalah mendapat rawatan TB aku sebenarnya sangat 'down' di awalnya. Tuhan sahaja yang tahu betapa luluhnya hati ini tatkala menerima berita aku punya symptom kanser. Mood nak pergi kerja pun dah tak ada, nasib baiklah kerja kompeni abang ipar so bolehlah excusekan. Badan yang sihat terus sakit-sakit dek akal mencipta bahawa diri sakit dan seolah-olah hidup tidak lama.
Yah! Masih ingat lagi betapa sugulnya aku ketika itu, mengharapkan sokongan padu dan belas kasihan insan sekeliling. Padahal aku tak sakit sebenarnya tetapi dek akal yang terlalu berfikiran negatif badan terus menerima isyarat 'sakit dan lemah'. Apatah lagi saat setiap minggu berulang alik ke pusat TB Negara, melihat pesakit-pesakit TB dari pelabagai posisi di depan mata, aku yang kelihatan cukup sihat dari luaran pun rasa macam nak sakit sama, Nauzubillah.
Tapi... pengalaman lebih 10 tahun lalu cukup memberi aku lembaran baru, kekuatan baru, daya fikir yang baru. Aku banyak belajar dari pengalaman lalu, terima kasih atas peluang ini dan yang pasti hari ini akan aku pastikan setiap yang membaca blog ini akan terima manfaatnya bukan sahaja untuk diri sendiri malah juga sokongan kepada mereka yang tersayang.
Terus menyokong ahkak untuk terus menulis dan anda semua inspirasi ku!!


No comments:
Post a Comment