Hari yang dinanti, aku keluar rumah seawal 7.30 pagi, berpusu-pusu bersama mereka yang ingin ke tempat kerja. Nasib suami yang menghantar, kalau tak mana nak park kereta lagi, faham-faham jelah HKL yang sentiasa sibuk. Aku selesa pergi seorang, senang bergerak, lagipun kanak-kanak tak digalakkan di kawasan hospital, biar suami yang jaga di rumah.
Sampai sahaja di hospital (bangunan baru) terus sahaja aku melapor diri bahagian pembedahan Am tingkat 3. Ramai jangan cakaplah, nasib baik hospital baru, selesa dan beraircon, jadi keadaan seperti di hospital private.
Selesai semua urusan pendaftaran yang aku kena bayar RM5, sebab aku bekerja sendiri dan tak lama kemudia nama ku dipanggil. Rupanya bukan Doktor Aina, khabarnya doktor Aina ada meeting, so diganti rakannya. Turut berada di situ doktor praktikal. Sempat aku bercerita sedikit sebanyak tentang aku, sambil doktor terus bertanya itu dan ini, doktor praktikal pun ambil kesempatan tanya aku itu dan ini, dan aku tak lokekpun nak berkongsi dengan mereka, yelah mereka tengah belajar, dan nampak seronok sangat bila aku beri kerjasama. Bila tiba waktu pemeriksaan, aku benarkan salah seorang sahaja ikut, sebab seorang lagi lelaki, aku malu, nasib baik dia faham.
Aku rasa sangat bernasib baik bila doktor berusaha mencari tarikh yang terdekat untuk aku buat ultrasound. Sekejap ke kiri dan ke kanan bilik dia cuba untuk mendapatkan tarikh dan aku memang bertuah bila dia berjaya mendapatkan tarikh pada hari ini juga. Sudah mendapat tandatangan dan surat rujukan lalu aku diminta ke bangunan lama untuk membuat ujian ultrasound. Jam pukul 2 petang, elok lepas lunch hour, dan aku sempat makan makan pun di kafeteria tadi.
![]() |
| Lebih kurangle suasana bilik ultrasound kat HKL |
Sejurus selepas nama di panggil, aku terus dibawa ke bilik ultrasound, salin pakaian yang disediakan dan terus baring di katil sebelah mesin ultrasound sementara menunggu doktor yang bertugas. Ultrasound tak menakutkan pun, cuma macam scan macam nak tengok baby, ya.. lump tersebut panjang dalam 3inci dan di bahagian ketiak kelihatan agak banyak. Aku sibuk bertanya ingin tahu, yelah, gambar di screen monitor bukannya jelas, terteleng-teleng kepala aku lihat cuba untuk memahami.
Ultrasound selesai tapi aku diminta menunggu lagi, tunggu doktor datang beritahu pegawai perubatan yang bertugas, barangkali MO, dan juga dua orang nurse membantu.
“Akak, kita tunggu doktor kejap ye,” beritahunya. Aku mengangguk setuju, sambil berbaring kepala ligat memikir apa yang berlaku. Sejuk bilik buat aku makin menggeletar, nasib ada selimut.
Tak lama kemudian, doktor datang, lalu melihat bacaan di skrin monitor.
“Puan, puan datang seorang ke? Balik macamana?” tanya doktor
“Oh, selesai husband saya datang ambil,”
“Saya tengok lump puan agak besar, so saya ingat kita buat biopsy terus boleh?” Doktor berbasa-basi. Aku angguk je, cepat buat, cepat tahu, cepat urusan semua, kata hati ku.
Sebaik sahaja aku setuju, segala persiapan untuk biopsy terus disediakan oleh nurse dan MO. Wah macam nak buat pembedahan pulak rasanya. Biopsy ialah proses mengambil sampel tisu, seingat aku dulu, menggunakan shrink yang besar dan jarum sepanjang 3 inci, dan bila disuntik pada bahagian lump, picagari tersebut perlu digoyangkan perlahan-lahan agar tisu lump tersebut melekat pada jarum, dan sebanyak tiga suntikan diambil.
![]() |
| biopsy needle yang diguna... lebih kurang macam ni le (ambil kat pakcik google) |
![]() |
| Kedudukan sample tisu diambil... (ini prostate biopsy) |
Tetapi 10 tahun berlalu dan peralatan biopsy juga berubah. Alatnya sudah canggih seperti alat pap smear gitu. Aku tak tahu nak sebut apa, lupa pulak nak tanya doktor. Namun proses tetap sama, dicucuk bahagian lump, dan sedutan sample dibuat, dengan sekali petik. sakit? Sakit bila suntikan yang ke empat ke atas. Sebenar satu sample satu suntikan, dan enam kali suntikan dibuat, selapas enam suntikan, doktor meminta izinku untuk membuat dua lagi suntikan. Ya Allah, Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya, apabila ubat biuspun dah semakin kurang, nurse pula kelam kabut mengelap darah yang keluar. Aku yang jenis tahan sakit dan tidak takut pada jarum, akui biopsy memang sakit, tetapi bahagian sebelah lagi tak sakit pulak, mungkin sebab lump tersebut keras dan ia menyakitkan.
Selesai sample diambil, aku terus dibenarkan pulang. Tetapi aku tak mampu bangun, kepala pening, pandangan berpinar rasanya, terus aku beritahu nurse, lalu aku diberi paracatemol dan berehat sekejap dan apabila rasa keadaan stabil, terus aku tukar baju dan berjalan keluar bilik. Nasiblah nurse memimpin aku keluar, memang rasa terhoyong hayang lagi, sementara suami sampai, aku duduk dahulu di ruang menunggu. Hebat juga penangan biopsy kali ini, darah yang keluar begitu banyak sekali dan barangkali ia buat aku rasa pening, dalam tiga hari juga bahagian suntikan tidak dibenarkan dibuka, kerana lubang yang agak besar, sempat aku mengintai tadi. Sampai di rumah, terus sahaja aku tidur, merehatkan diri, bangun nanti pasti sudah tak pening lagi.



Tabah sungguh...
ReplyDeleteInsyaAllah.... perlu ada ketabahan selagi dikelilingi insan-insan tersayang. Selagi kita dekat denganNya, selagi itu kita rasa kuat dan yakin dengan pendirian kita....
Delete