“Puan Hanani ye....” Tanya Miss Aina sambil matanya terus merenung helaian kertas di hadapan
“ya.. “ jawabku sepatah, sambil membetulkan dudukku seusai sahaja turun dari katil rawatan selepas dirawat oleh Miss Aina yang merupakan pakar klinik Breast Cancer di HKL.
“Last week awak jumpa doctor Zunita is it? Saya tak ada last week, sorry lah, ada meeting” dia kelihatan tenang, dan pasti aku juga setenang dia.
“its ok” jawab ku ringkas.
“Last week you buat ultrasound dan terus buat biopsy ye,” dia seolah mendapatkan kepastian yang sudah pasti tercatat di rekodku itu. Dan aku hanya mengangguk tanda mengiayakannya.
“You datang seorang atau ada husband you kat luar?” soalnya lagi, dalam hati ku pasti dia sudah bersedia untuk memberi keputusan biopsy yang dibuat minggu lalu.
“Saya datang seorang, husband jaga anak dekat rumah, its ok… saya boleh dengar,” dalam hati mesti kena ada encik suami juga ke untuk tahu keputusan, kebiasaannya orang datang dengan suami?
“Puan Nanie, awak tak kisah saya beritahu sekarang atau you nak husband you ada sekali?” Tanya Miss Aina tenang, soalannya yang sebegitu seolah-olah aku sudah boleh scan apa yang bakal dikatanya nanti.
“Result you ialah cancer positif…. Stage two,”luahnya ringkas. Yelah. Takkan doctor nak buat wajah terkejut kot.
“oh… ok,” jawabku sambil menganggukkan kepala, tak tahu apa riaksi paling sesuai untuk ku lakukan, menangis? Oh tidak sama sekali! Aku harus tenang, relax dan dengar apa yang bakal dinasihatkan Doktor.
“Saya memberi pandangan dan nasihat saya, ikut lah rawatan hospital, tapi saya tak boleh paksa you sebab itu hak you, kalau you rasa rawatan tradisional atau alternative lain lebih elok, tapi saya memang nasihatkan you buatlah rawatan modern”
“Saya tak kisah, apa yang doktor kata itu yang terbaik untuk saya, saya ikut, so.. apa yang tindakan lepas ni?’
“Berdasarkan saiz lump you dan 3inc, kita kena remove all your breast. Normally we can remove the lump only, but your size is small, so tisu di situ tak banyak, kalau tak buang semua kita takut sell kanser akan merebak ke organ lain,” jelas Miss Aina detail
“Alright… but when?” aku mengangguk faham dan masih tenang.
“As soon as we can, let me check the schedule,” terus Miss Aina membuka buku tugasan surgicalnya, akupun tumpang lihat sekali, memang penuh, hari-hari Miss Aini ini membedah orang rupanya, tanggungjawab yang besar menyelamatkan nyawa manusia, sungguh besar khidmat yang dihulurkan. Akhirnya ada ruang kosong dicelah-celah tugasannya, seperti sudah bertanda tetapi dipotong, lalu Miss Aina mencatatkan sesuatu, tarikhnya dua minggu lagi.
“Kita tak boleh biar lama, saya akan buatkan surat untuk you terus berjumpa dengan pakar bius, petang ni boleh? You kerja sendirikan? I’m sure this date 11 October 2013, so 10hb you dah kena register, if boleh di awalkan lagi kita akan call you, dan saya akan pastikan bukan bulan November” ulasnya panjang lebar.
Aku ikut sahaja, sekejap angguk, sekejap diam tak berkutik, sekejap kepala menjengah sedikit melihat apa yang dicatatkan Miss Aina. Lalu aku diminta menunggu di luar sementara menunggu dipanggil untuk berjumpa pakar bius.
“Puan Nanie kalau nak makan dulu pun boleh sebab sekarang baru pukul 12, dan datang balik dalam pukul 2pm, nanti staff di kaunter hadapan akan panggil ya” terang nurse yang membantu Miss Aina. Sebelum itu dia sempat berpesan supaya aku pergi kaunseling pada hari khamis di tingkat tiga bangunan wad, untuk berjumpa kaunselor.
Aku keluar sejurus mengucapkan terima kasih dan memberi salam. Pintu dikuak, langkah longlai menuju tempat menunggu. Aku mengambil tempat di hujung sudut yang kebetulan lapang dan hospital baru ini memang menempatkan kerusi yang banyak dan selesa.
Malabuhkan punggungku di atas kerusi betul-betul bersebelahan tingkap besar yang tampak jelas bangunan usang di Jalan Pahang berhadapan Hospital, lantas aku keluarkan iphone ku dan nama My Love Hubby ditekan.
“Assalamualaikum..” suara di hujung talian
“Waalaikumussalam…abang, nanie dah tahu result” aku memendam rasa
“Macamana?”
“Nanie positif kanser, kena buang habis, abang ok ke?”
“Takpela, ikutje cakap doctor” ujar suami ku tenang.
“Petang ni kena jumpa pakar bius, so Nanie tunggu sini teruslah, abang boleh datang, tinggal budak-budak tu dekat kedailah” teringat anak-anakku Shahmi dan Tina bersama suami boleh ditinggalkan bersama staff kami di kedai.

Sebaik panggilan dimatikan, mataku terus memandang keluar jalan, entah hilang ke mana semangat tadi akupun tak pasti, hati terus menangis, mata mula kabur. Aku lepaskan semua yang berbuku, saat ini hati beristighfar, Ya Tuhan Ya Rob, Engkaulah yang Maha Mengetahui atas perancangan Kau yang hebat ini. Aku tak boleh menahan air mata yang turun laju, sungguh! Hati ini sangat sedih ketika ini, tercari-cari jawapan mengapa aku yang dipilih? Mata tunduk memandang artikel-artikel yang baru diberi doctor, hati terus menerawang mencari jalan keluar, dada terasa sempit, kolam air mataku sudah pecah, air mata turun laju, aku biar, menjerit sekuat dalam hati. Nasib baiklah ruang yang aku duduk agak jauh dari kedudukan orang lain, lalu kubiar air mata ini laju turun, turun sepuas-puasnya. Lalu aku bangun melihat luar tingkap yang luas, jalan yang sentiasa sibuk sedari pagi lagi. Hati rasa sedikit tenang, lalu air mata dikesat perlahan. Memastikan wajah tidak memerah lalu ku langkah menuju ke kafe hospital, perut minta diisi.
Setiba di kafeteria, dari tingkat bawah ke tingkat 1, dari 1 stall ke 1 stall, semua menu tak menarik perhatianku. Lalu ku oder passembor dan fresh orange, mencari sudut yang agak selesa, lalu iphone di tekan nombor telefon kakakku di kampung.
" Kak, nanie kat hospital ni," aku memulakan perbualan.
" Hah, macamana keputusan?" dia terus menyoal, risau bunyi suaranya.
"Nanie positif kanser......," aku tak mampu meneruskan kata-kata, sebaknya ya Allah. Air mata mula menitis tanpa dipinta. Aku pandang ke bawah, segan nanti dilihat pelanggan-pelanggan kafeteria.
"Ya Allah, banyak bersabo ye, ujian Allah semua tu, tak apa, kita usaha selagi boleh, hang jangan risau sangat, apa-apa bagitau kak, kita berdoalah selalu,"ujar kakak ku tenang, aku tahu dia sangat risau. Aku tak teruskan perbualan lagi, suara tersekat-sekat menahan sendu. Cuba menahan dari terus menangis tapi aku tak mampu, lalu ku biarkan air mata mengalir, lapang sedikit dada.
Pada teman group whatssap ku beritahu. Masing-masing mengucap takziah dah menyuruh aku tabah serta memberi kata-kata semangat. Siap dengan icon-icon emoji sedih, sayu dan terkejut. Cuma pesanku pada mereka, tolong jangan buat ucapan-ucapan sedih tapi doakan untukku sebab aku perlu posoitif, so.. kawan-kawan ku mengerti. Silap aku tak save awal-awal sebab tak sangka pula whatssap ku didelete anak sendiri, Lansung tiada bukti hehe. Terima kasih temannnn!! Love you all forever!
Selesai lunch, actually tak makan pun, passembor yang ku order tadi, ku sentuh sedikit sahaja, tak lalu sungguh, lidah tak rasa apa, fresh orange sahaja aku teguk itu pun hanya separuh gelas sahaja. Sudah tak mampu menghabiskannya, aku terus bergerak ke klinik pembedahan am sementara menanti suami tiba. Tidak lama kemudian telefon berbunyi lagi, owh rakan bisnessku menelefon rupanya. "Akak dekat hospital ni Yong," aku memberitahu.
"Akak macamana? Dah tahu result ke?" dia ingin tahu.
"Akak positive and diagnosed breast cancer, but its ok, I'm fine," aku menahan sebak, tapi tak mampu.
"Tak pe akak, akak kena kuat, pedulikan kata orang...InsyaAllah akak boleh lawan! Ramaije yang kena cancer tapi boleh survive, dah sihat!" dia memberi semangat pada ku, dan sesungguhnya aku tak mampu untuk berkata-kata. Sejurus mengucapkan terima kasih aku minta talian diputuskan sebab sesungguhnya aku tak mampu berkata-kata lagi, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dan saat ini aku sedar ramaiya yang menyayangi dan mengambil berat diri ini.
Suami ku sampai tak lama selepas itu, usai bersalaman, kami banyak membisu, aku tak mampu bersuara, air mata sentiasa bertakung dan bergenang, jika bersuara pasti mengalir. Suamiku seolah mengerti, lalu artikel-artikel yang diberi doktor tadi dibacanya.
Tak lama selepas itu namaku dipanggil, lalu kami di bawa ke tingkat 8, untuk bertemu pakar bius. Diambil timbangan berat badan, darah dan juga mendapat sedikit khidmat nasihat dari doktor bius. Proses berlaku begitu cepat. Dalam masa dua minggu lagi aku perlu datang, dan buatkan xray sebelum mendaftar memasuki wad.
Selesai, kami pulang ke rumah, suami ku amat memahami, Alhamdulillah. Setiba dirumah aku terus tidur, mujurlah dah solat awal-awal lagi di surau hospital. Tidur dapat menenangkan hati yang luluh ini. Namun tak dapat nak nyenyakpun apabila panggilan demi panggilan dari saudara yang sudah mula mencium berita ini ku layan juga.
"Abang, nanti dah tak ada sebelahni, dah kurang dah, abang masih bersama Nanie ke?"
"Masih, kurang satu yang lain tetap ada, tak ada kurangnya...." owh Allah...syukurnya... sob-sob :(

| Sedikit info yang saya dapat dari pakcik google: rupa bentuk breast cancer dari stage 1 hinggalah last stage |
So touchy yet informative. Your latest post offered a glimpse into the treatment of cancer particularly of the breast. Your sadness is contagious but your courage merits admiration. Sharing the burden equalizes the weight one has to carry. Although may not be entirely true in your situation, the emotional support rendered by your loved ones will see you through thick and thin. Great piece!
ReplyDeleteThanks Del, hopefully can share this experience nicely... love your support!!
ReplyDelete