Monday, 11 August 2014

Indahnya Jika Hidup Dalam Keredhoan....

Salam Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin.
Hampir 2 bulan saya tak menulis dan berblog, bukan sibuk bekerja tapi sibuk berwhatapps, jumpa kawan-kawan lama, create group so... tak hentilah berkongsi cerita.  Kisah saya mula bersawang dek kerana terhenti menulis...dan hari ini, tatkala mood raya pun semakin berkurang, jari mula gatal untuk menari-nari di atas keyboard ini...

_______________________________________________
10 Oktober

Seperti yang diarahkan, awal pagi aku dan suami sudah bergerak ke HKL.  Anak-anak ditinggalkan di rumah, sekejap lagi kakak ipar akan datang menjenguk mereka.  Untung ada adik-beradik yang tinggal berdekatan dan pastinya rapat, jadi masing-masing sudah 'mengoffer' diri untuk memberi bantuan.  Mujur jugalah anak-anak 'independent', setakat bangun dan kelibat mama dan papa tidak kelihatan mereka tidak  melatah, asalkan ada air dan roti di meja makan, televisyen terpasang dan ipad berbateri penuh, sudah pasti mendiamkan mereka.

7.30am kami sudah sampai di HKL.  Seperti yang diarahkan sebelum ini aku harus mengambil ujian Xray terlebih dahulu, kemudiannya barulah membuat pendaftaran untuk memasuki wad.



 Sebelum daftar aku dan suami bersarapan dulu di kafe hospital, tapi tak selera aku nak makan bukan sebab tak sedap tetapi memang tak lalu nak makan, hati dah ingat ke lain kata orang.  Selesai kami bergerak ke bahagian pendaftaran wad, ni bangunan lain pulak..

Sejurus sampai di bahagian pendaftaran, 'demand'nya aku meminta bilik first class, biasa masuk private hospital bilik double bedpun masih selesa, tapi di HKL aku dapat bayangkan betapa tidak selesanya berkongsi bilik.  Sombongkah aku? Tapi itu yang dapat dilihat dengan mata kasar dan pendengaran dari mulut-mulut reporter yang tak bertauliah.

"oh puan, kami tak janji akan dapat bilik 1st class ye sebab Q panjang." jelas akak yang menjaga kaunter.
"oo.. ye ke... so kalau macam tu 2nd class pun okla." aku demand lagi hehe..
"Duduk dulu, saya check dulu ye.."

Aku dan suami duduk menunggu, namun tak sampai sepuluh minit namaku dipanggil.
"Rezeki puan, ada bilik 1st class, jarang nak dapat macam ni tau," jelasnya, nampak sekali dia sendiripun tak sangka, rezeki aku..aku tersenyum lega, Syukurnya ya Allah!  Terus suami menyelesaikan urusan pendaftaran dan terus kami bergerak ke wad.

Usai sampai ke bahagian wad first class kami disambut mesra nurse-nurse yang cantik-cantik dan peramah, dalam hati aku terdetik boleh tahan first class du HKL rupanya, not bad...5 bintang markah aku bagi sebab bilikpun ok, selesalah kalau banding wad biasa, sebuah single bed, sofa 1 sitter, glass window, side table, locker, sinki dan bilik air.  Ok! aku boleh terima, siap aku amik gambar sebab aku nak share dengan uols semua...akupun sempat berselfie sekali, en suamipun layan aku hehe..

Tak lama kemudian nurse datang bagi 'form' untuk diisi serta baju persalinan hospital.  Yang ni aku tak berkenan sebab baju free size warna hijau kusam gitu.  Gelak-gelak aku nak pakai, aku yang bersaiz kecil kena pakai baju saiz xxl.  Baju ok lagi tapi seluar dan boleh masuk dua orang lagi.  Tapi sebab dah memang protokolnya begitu, terpaksa juga pakai, aku tolak 2 markah haha sebab aku rasa macam orang sakit mental, tapi terima jelahkan, dah sakit buat cara sakit....

Sepanjang hari di wad, aku tak boleh tidur, mujurlah aku bawa bahan bacaan, buku cerita, buku motivasi DR MAZA dan Quran terjemahan.  So habiskan masa membaca, suami , ku suruh pulang untuk menjenguk anak-anak, nanti petang dia datang semula.  Nurse-nurse bersilih ganti datang menjenguk, bertanya itu dan ini jika aku perlukan sesuatu.  Doktor juga datang dan bukannya seorang tapi sekali datang mahunya enam orang , dah penuh bilik mengadap aku, dan aku faham di kalangan mereka ialah Doktor pakar, MO dan houseman dan praktikal.  Aku juga kena ambil darah sekali lagi bila didapati tiada record darah yang aku ambil minggu lepas, tapi bila keluar result, doktor yang bertugas cakap dua-dua result ada...hurmmm.. sabarjela...

Paling best bab makan sebab makanan not bed dan aku memang makan sampai habis, sedap pulak makanan hospital haha. Dan malamnya bila suami dah pulang aku terus tidur, aku kena puasa sebab esok hari pembedahannya, kata doktor aku turn yang kedua dan kalau first patient tak datang so aku orang yang pertama.  Sebelum tidur ku panjatkan doa agar segalanya dipermudahkan, aku tak boleh nak solat bila siang tadi aku tiba-tiba 'ABC' dan aku redho,  barangkali Allah ingin memudahkan aku, 'bercuti' tak semestinya kita akan bercuti dari mengingati Allah kannn... 


Maka, tidurlah aku dengan lena menanti hari esok dengan debaran......Indahnya hidup.. jika kita redho dengan setiap apa yang berlaku atas diri kita...setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya...Insyaallah...


 photo http___signaturesmylivesignaturecom_54492_97_5642743023901FB550C2EFEF9A854240_zpse206ed4d.png

No comments:

Post a Comment