Tika malam... mataku tak mampu lelap lagi, lalu butang kekunci laptopku ditekan. Ikon google ditekan, Breast Cancer di search. Tak banyak cerita pasal breast cancer dalam web melayu, satu dua cerita dan selebihnya menjual ubat-ubatan berbagai jenis. Aku bukan mencari ubat tapi aku mencari kekuatan, mencari dorongan dan panduan, untuk membina keyakinan serta untuk menanamkan semangat.
Tapi banyaknya blog-blog mat salleh yang aku dapat info, yang lebih menceritakan pengalaman mereka yang boleh dikongsi bersama, panduan-panduan dalam menjalani hidup yang sihat dan bagaimana hendak menanamkan sikap yang positif dalam diri.
Aku jumpa satu web ni, tapi bila aku search balik sekarang dah lupa apa addressnya, silap pulak tak 'bookmark' hari tu, banyak info aku dapat dan bagaimana pesakit-pesakit muda menerima penyakit yang didiagnose dan bagaimana diorang meneruskan cara hidup. Dan dari situ aku cuba serba sedikit amalkan apa yang aku baca, aku ceduk dari pembacaan itu dan aku sesuaikan dengan diri aku. Bagi ku setiap yang berlaku pada diri ini, hanya badan dan akal kita sendiri yang tahu untuk kebaikan diri sendiri.
Entah pukul berapa aku berjaga aku tak pasti, selesai menelek blog-blog di skrin laptop, aku tak lupa mengahadap yang Esa. Tempat paling teratas untuk kita mengadu, memohon dan meratap. Menangis sepuas hati, memohon keampunan, meminta kekuatan, aku pasti, andai aku diuji atas kafarah dosaku maka akan kuperbaiki diri ini ke arah yang lebih baik. Allah hanya menjentik aku, menyedarkan aku, kerana ujian ini tidaklah seseksa mereka-mereka yang terlantar sakit, mereka yang keperitan hidup tapi ujian yang aku terima mampu lagi aku lawan Insyaallah.
Dan andai aku diuji atas sayangnya Allah kepadaku, kerana aku antara insan yang terpilih dalam menerima ujian ini, mampu menerima dan menjadi contoh kepada mereka yang lain, maka akan aku teruskan perjuangan, berkongsi pengalaman dari masa ke semasa dengan info yang baik.
Keesokan paginya, perkara pertama yang aku lakukan me'ngelearkan' peti sejuk, hasil bacaanku! Aku buang semua makana-makanan lama, yang kurang sihat, makanan yang lebih dari tiga hari. Bukan tak amalkan cara hidup sihat sebelum ni tapi amalan ini akan diamalkan dengan lebih baik. Pasti pemakanan juga harus dijaga. Kalau tanya orang pasti kena pantang itu dan ini, kalau tanya doktor pasti boleh makan apa saja, so aku tanya diri aku sendiri, kalau ia sesuai dengan badan aku pasti aku makan, tengok 'condition' badan sendiri, sebab setiap makan ada khasiat dan zatnya juga.
Aku juga terima banyak pesanan dari rakan-rakan whassap dengan surah-surah yang boleh diamalkan serta beberapa pemakan bijirin yang sesuai untuk mencegah kanser yang telah aku amalkan. Sempat ber'hangout' dengan schoolmate untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita, kebetulan kawanku ada menanam pokok daun belalai gajah yang aku baca mengandungi vitamin B17 baik untuk mencegah kanser. Alhamdulillah... aku rasa perjalananku sangat mudah.
| Thanks my dear friends K Njang n Dikyah, our meeting is great! |
![]() |
| Pokok Daun Belalai Gajah pemberian Dikyah yang aku tanam sekarang dah rimbun |
- Biji aprikot (aku amalkan 7 biji sehari - yang pahit tulah yang ada B17 - katanyalah)
- Durian belanda - buat jus
- Daun belalai gajah (aku buat minum atau masak atau buat ulam)
- Propolis
- Biji Avocado (pahit!! Tuhan saja yang tahu dan aku hiris halus2 makan dengan salad)
- Air zam-zam (air yang tiada tolok bandingnya)
Dan ini amalan surah-surah yang aku amalkan, nak kata selalu tak juga, ikut sempat, cuma setiap kali baca akan aku hembuskan pada air untuk diminum dan disapu pada badan dan tempat sakit, anak-anak juga aku tak halang untuk minum sebab ia air penawar.

Terus berjuang...doa kami sentiasa bersamamu..InsyaAllah
ReplyDelete